Permohonan GKP anda gagal?
Berita baik di mana rayuan GKP 2.0 akan dibuat kepada umum bermula 7 – 12 Disember nanti.
Permohonan rayuan boleh dibuat di portal rasmi gkp.hasil.gov.my
Setakat ini, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0, dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.
Kod Alasan Tidak Lulus Geran Khas Prihatin
Berikut 7 kod alasan kenapa permohonan GKP 2.0 anda ditolak:
Kod Alasan | Alasan Tidak LULUS | Keterangan |
01 | TIDAK BEROPERASI 2020 | Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang |
02 | JUALAN = 0 ATAU JUALAN >= 300K | Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
03 | JUALAN >= 300K | Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
04 | TIDAK WUJUD DI AGENSI | Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020 |
05 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan |
06 | PEKERJA >= 5 ORANG | Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi |
07 | ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1 | Perniagaan melebihi satu permohonan |
Senarai Dokumen Diperlukan
Berikut senarai penuh dokumen yang diperlukan semasa proses rayuan semula.
Rayuan GKP 2.0
Jadi sekiranya permohonan anda tidak lulus atas alasan di atas, anda masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan rayuan GKP 2.0 bermula 7 Disember ini.
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal GKP https://gkp.hasil.gov.my
Sebarang permohonan rayuan secara manual tidak akan dilayan.