Advertisements

Permohonan TRRF BNM: Dana Pemulihan PKS Sehingga RM500,000

Advertisements

Banl Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan dana khas bagi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan akibat langkah pembendungan penularan wabak COVID-19 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar atau Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF).

Untuk makluman, TRRF ialah kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020, kecuali subsektor pelancongan dan subsektor berkaitan pelancongan.

Matlamat pembiayaan TRRF ini adalah untuk membantu PKS menyediakan modal kerja sahaja dan tidak tertakluk dengan perkara-perkara yang lain.

Permohonan TRRF telah dibuka daripada 1 Disember 2020 hingga 31 Disember 2021 atau bergantung jika peruntukan telah habis digunakan (mana yang lebih awal).

Jumlah Pembiayaan TRFF

TRRF menawarkan pembiayaan sperti berikut:

  • Pembiayaan PKS yang layak adalah sehingga RM500,000
  • Pembiyaan perusahaan mikro adalah sehingga RM75,000

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan yang ditetapkan melalui pembiyaan TRRP adalah sehingga 7 tahun.

Selain itu, mereka juga layak menerima moratorium ke atas ansuran bulanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Kadar faedah yang ditetapkan adalah sehingga 3.5% setahun termasuk yuran jaminan.

Sektor Yang Layak Memohon

Untuk pembiayaan TRRF, sektor berikut adalah layak memohon iaitu:

  1. Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)
  2. Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman
  3. Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial
  4. Seni, hiburan dan rekreasi
  5. Perdagangan borong dan runcit
  6. Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal; pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

Adalah diingatkan, penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF), Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) dan/ atau Pembiayaan Pelancongan PENJANA
(PENJANA Tourism Financing, PTF) tidak layak untuk memohon TRRF.

Cara Memohon

Pemohon boleh memohon dengan mengunjungi atau menghubungi institusi kewangan berikut:

Nama Bank No Telefon
Affin Bank Berhad/
Affin Islamic Bank Berhad
03-8230 2222
Alliance Bank Malaysia Berhad/
Alliance Islamic Bank Berhad
03-5516 9988
Ambank (M) Berhad/
AmBank Islamic Berhad
03-2178 8888
Bangkok Bank Berhad03-2174 6888
Bank Islam Malaysia Berhad03-2690 0900
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Bank Rakyat)
1-300-80-5454
Bank Muamalat Malaysia Berhad03-2600 5500
Bank of China (Malaysia) Berhad03-2059 5566
Bank Pertanian Malaysia Berhad
(Agrobank)
1-300-88-2476
Bank Simpanan Nasional1-300-88-1900
CIMB Bank Berhad/
CIMB Islamic Bank Berhad
03-6204 7788
HSBC Bank Malaysia Berhad/
HSBC Amanah Malaysia Berhad
1-300-88-1388 
Hong Leong Bank Berhad/
Hong Leong Islamic Bank Berhad
03-7626-8899
Malayan Banking Berhad/
Maybank Islamic Berhad
1-300-88-6688
MBSB Bank Berhad03-2096 3000
OCBC Bank (Malaysia) Berhad/
OCBC Al-Amin Bank Berhad
03-8317 5000
Public Bank Berhad/
Public Islamic Bank Berhad
03-2179 9999 
RHB Bank Berhad/
RHB Islamic Bank Berhad
03-9206 8118
Small Medium Enterprise Development Bank Berhad (SME Bank)03-2603 7700
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad03-8939 8899
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad03-2612
8121

Soalan Lazim

Bagaimana PKS dapat mengetahui bahawa mereka layak memohon untuk pembiayaan di bawah TRRF?

PKS dinasihati supaya menghubungi institusi kewangan peserta untuk memastikan kelayakan mereka di bawah TRRF. Semua pemohon yang ingin mendapatkan pembiayaan akan tertakluk pada penilaian oleh institusi kewangan peserta.

Adakah TRRF hanya ditawarkan kepada pelanggan institusi kewangan peserta yang sedia ada?

Tidak. TRRF dibuka kepada semua PKS sama ada pelanggan baharu institusi kewangan peserta atau pelanggan yang sedia ada selagi mereka merupakan PKS Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh BNM dan lulus penilaian kredit institusi kewangan

Bolehkah PKS memohon TRRF untuk membaiki atau mengubah suai premis perniagaan yang didiami sekarang ini?

Tidak. TRRF hanya untuk tujuan modal kerja

Bolehkah PKS memohon TRRF untuk membiayai semula pembiayaan yang sedia ada?

Tidak. TRRF tidak boleh digunakan untuk membiayai semula
kemudahan kredit atau pembiayaan yang sedia ada.

Adakah PKS perlu menyediakan cagaran bagi mendapatkan pembiayaan di bawah TRRF?

Tidak. Cagaran tidak diperlukan di bawah TRRF

Pertanyaan Lanjut

Pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai TRRF boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BNM (BNMTELELINK) di talian 1-300-88-5465.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.