Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan untuk orang ramai yang terjejas akibat kesan COVID-19 untuk memohon Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 atau Musaadah COVID-19.
Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 ini merupakan usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang ramai yang terkesan susulan Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Objektif utama pemberian zakat ini adalah untuk:
- Bagi membantu golongan berpendapatan menengah yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan penjaja atau peniaga kecil serta pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah tertakluk kepada keperluan dengan jumlah isi rumah diambil kira.
Permohonan telah dibuka secara atas talian bermula 16 November hingga 27 November 2020.
Kategori Penerima Bantuan
Kategori penerima yang layak memohon untuk Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 ini adalah seperti berikut:
- Penjaja atau peniaga kecil
- Pemandu Teksi/e-hailing
- Pengawal keselamatan
- Hilang pekerjaan akibat COVID-19
- Individu lain yang terjejas sumber pendapatan agar mereka akibat COVID-19
Syarat Kelayakan Zakat Kecemasan MAIWP
Syarat kelayakan penerima Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 yang ditetapkan oleh MAIWP adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan sahaja.
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP
Cara Memohon
Orang ramai yang berminat boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/.
- Klik pada ‘Pengguna Baru’ di bawah butang ‘Log Masuk’
- Isi semua butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunakan untuk akses atau daftar masuk ke dalam sistem.
- Setelah semua butiran telah diisi, klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, memasukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik pada butang ‘Log Masuk.’
- Setelah masuk, klik bahagian ‘Maklumat Pemohon.’
- Isi semua butiran maklumat pemohon.
- Pada bahagian ‘Muat Naik Dokumen,’ sila muat naik:
– Kad Pengenalan
– Bil air/api
– Penyata Bank
– Surat sokongan/Lain-lain - Setelah semua butiran telah diisi, klik butang ‘Langkah 1- Kemaskini Pemohon’ untuk menyimpan.
- Kemudian, klik ‘Langkah 2-Kemaskini Tanggungan’ dan isi maklumat tersebut diikuti dengan klik butang ‘Hantar.’
- Seterusnya, klik butang ‘Langkah 3-Hantar Permohonan Bantuan’ dan tandakan pada kotak pengesahan.
- Akhir sekali, klik butang ‘Langkah 4-Hantar Permohonan’ untuk menghantar permohonan tersebut.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Kecemasan COVID-19 ini, anda boleh menghubungi talian hotline berikut:
- Kuala Lumpur: 012-518 3614/012-512 7614
- Putrajaya: 011-5949 6215/011-6303 8443
- Labuan: 013-851-6066