Terkini: PKPB Di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu Tamat

Kemaskini: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020

Kemaskini 20 Nov:

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada negeri Kedah kecuali Kulim, Melaka, Johor (kecuali Kota Tinggi dan Mersing) dan Terengganu kini ditamatkan pada 21 November.

Pengumuman Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) ini berikutan penurunan angka positif COVID-19 dan keadaan terkawal pada negeri terbabit.

Bagaimanapun, untuk daerah Kulim masih dikekalkan berikutan kes masih lagi aktif.

Makluman ini telah dilakukan pada sidang Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi.

Kerajaan Malaysia menerusi Majlis Keselamatan Negara telah mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020.

Pelaksanaan PKPB ini dijalankan susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini di ketiga-tiga negeri terbabit yang memaksa PKPB dilaksanakan semula.

Selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sabah yang mencatatkan kes COVID-19 yang amat tinggi juga turut dikenakan PKPB yang bermula pada 13 Oktober 2020 sehingga 26 Oktober 2020.

Langkah melaksanakan PKPB ini adalah untuk memastikan rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan di kawasan-kawasan yang mencatatkan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi.

Baca juga: Semakan Status Kelayakan BPN 2.0

Maksud PKPB

PKPB atau Conditional Movement Control Order (CMCO) adalah kawalan pergerakan yang berfokuskan berkaitan dengan majlis sosial.

Ini bermakna, sebarang majlis sosial tidak dibenarkan untuk diadakan seperti:

  • Kenduri
  • Majlis perkahwinan
  • Konsert
  • Majlis perasmian dan perhimpunan
  • Perhimpunan bulanan jabatan swasta

Selain itu, semua semua aktiviti riadah, rekreasi dan budaya juga adalah tidak dibenarkan. Ini termasuklah:

  • Aktiviti hiburan termasuk kelab malam atau pub
  • Pusat rekreasi
  • Taman tema
  • Indoor playground
  • Panggung wayang

Walau bagaimanapun, PKPB memberikan kelonggaran kepada semua sektor ekonomi untuk terus beroperasi. Antaranya ialah:

  • Restoran
  • Kedai/gerai makan
  • Kenderaan bersaji (food truck),
  • Penjaja tepi jalan
  • Penjaja beredar
  • Medan selera/pusat penjaja,
  • Gerai makan tepi jalan/kiosk
  • Kedai runcit
  • Kedai serbaneka
  • Kilang industri

Baca juga: Cara Mohon GKP 2.0 Sebanyak RM3,000

Pengecualian Rentas Negeri

Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan untuk beberapa kategori seperti:

  1. Individu dari kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang ingin melakukan pergerakan ke negeri lain atas sebab-sebab kecemasan seperti sakit dan kematian sahaja.
  2. Individu yang hendak merentasi kawasan yang sedang melaksanakan PKPB iaitu negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya atas sebab-sebab kecemasan.
  3. Individu dari luar yang ingin memasuki ke kawasan yang sedang melaksanakan PKPB atas sebab-sebab kecemasan.
  4. Individu yang menggunakan pergerakan udara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Prosedur Permohonan Rentas Negeri

Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri boleh melakukannya menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang Permit Pergerakan PKPB.
  2. Isi butir-butir pemohon dengan lengkap dan betul.
  3. Nyatakan sebab-sebab permohonan pergerakan dengan lengkap.
  4. Turunkan tandatangan pemohon dan tarikh.
  5. Bawa borang tersebut ke balai polis berhampiran untuk mendapat kelulusan.
  6. Sekiranya mendapat kelulusan, borang tersebut perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa yang melakukan sekatan jalan raya.

Sekiranya orang rama yang sedang membuat pergerakan tadi terlupa untuk mengisi borang tersebut pada separuh perjalanan, mereka boleh mendapatkan borang tersebut di balai-balai Polis berdekatan sebelum merentasi/memasuki sekatan jalan raya yang didirikan di kawasan yang sedang melaksanakan PKPB.

Maklumat Tambahan

Sebagai maklumat tambahan, perlu diingatkan bahawa hanya 2 orang sahaja dibenarkan dalam setiap pergerakan.

Pekerja-pekerja pula dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan.

Bagi pekerja dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu untuk mengemukakan surat majikan atau pas pekerja.

Apa Yang Boleh & Tak Boleh Sepanjang PKPB?

Adakah keluar rumah dibenarkan?

Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.

Bolehkah balik kampung?

Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang.Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bagaimana jika saya perlu bekerja di daerah lain?

Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya pergi bekerja?

Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi. Sekali lagi diingatkan, bawa surat kebenaran daripada majikan bersama anda bagi memudahkan urusan.

Boleh makan di restoran?

Sekiranya melihat PKPB sebelum ini, tidak dibenarkan makan di restoran, hanya bungkus dan bawa pulang.Penghantaran makanan juga dibenarkan dalam tempoh ini.

Bolehkah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.

Sekatan masa dikenakan untuk melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?

Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi.

Bolehkah saya beriadah di taman?

Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup.Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.

Bolehkah saya karaoke?

Tidak, semua pusat hiburan diarahkan untuk tutup sepanjang tempoh PKPB.

Bagaimana dengan majlis perkahwinan?

Majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

Tempat ibadat?

Semua tempat ibadat – Muslim dan bukan Muslim – akan ditutup.

Bagaimana jika saya langgar arahan itu?

Pelanggaran PKPB adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.Jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau didenda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.