Proses Tuntutan Skim Perlindungan Kesihatan mySalam COVID-19

Pesakit wabak COVID-19 kini boleh memohon skim perlindungan kesihatan percuma yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia iaitu mySalam COVID-19.

Untuk pengetahuan, mySalam adalah inisiatif Kerajaan Malaysia yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Penerima mySalam adalah terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) sahaja dan pembayaran sehingga RM8000 dibayar sekali untuk salah satu penyakit yang tertakluk di dalam perlindungan.

Sebanyak 45 penyakit kritikal dilindungi menerusi skim mySalam seperti penyakit Alzheimer, Meningitis Bakteria, Tumor Otak Bening, Kanser, dan lain-lain lagi.

Namun, ketika negara masih bergelut untuk bebas daripada penularan wabak penyakit COVID-19, penyakit ini turut mendapat perlindungan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Mac yang lalu.

Syarat Kelayakan

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang dikenakan bagi pemohon yang ingin memohon mySalam COVID-19 iaitu:

  1. Pemohon berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  2. Bagi individu bujang, pemohon perlu berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
  3. Bagi individu OKU pula perlu berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Proses Tuntutan mySalam

Bagi proses membuat tuntutan mySalam COVID-19, orang ramai boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi mySalam iaitu https://www.mysalam.com.my/ dan klik butang ‘Log Masuk ke Portal.’
  2. Bagi yang baru mendaftar, klik butang ‘Log Masuk Kali Pertama.’
  3. Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang ‘Hantar.’ Kata laluan akan dihantar melalui SMS.
  4. Klik ‘Tuntutan’ dan diikuti oleh ‘Penyerahan Tuntutan.’
  5. Kemudian, klik ‘Tuntutan Hospitalisasi.’
  6. Isi butiran merangkumi:
    i) Tarikh masuk wad/mula kuarantin.
    ii) Tarikh keluar wad/tamat kuarantin.
    iii) Nama hospital/premis bukan hospital (bagi kes kuarantin).
  7. Muat naik dokumen iaitu:
    i) Kad Pengenalan depan dan belakang.
    ii) Nota discaj (kemasukan wad sahaja) atau;
    iii) Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja).
  8. Kemudan klik ‘Lampirkan. ‘
  9. Klik ‘Hantar’ dan kemudian klik ‘Setuju.’
  10. Semakan status tuntutan boleh dibuat dengan klik pada ‘Status Tuntutan.’

Soalan Lazim

Bolehkan tuntutan dikemukakan bagi kuanrantin secara sukarela (self-quarantine)?

Tidak boleh. Sebarang tuntutan oleh pemohon bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakah diagnosis atau rawatan berkaitan COVID-19 perlu dijalankan di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang disenaraikan melalui laman web mySalam sahaja?

Tidak. Manfaat penggantian pendapatan pemohon akan dibayar bagi kemasukan ke hospital di mana-mana Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia, pusat kuarantin yang mempunyai kemudahan hospital, pusat kuarantin yang tidak mempunyai kemudahan hospital, atau kuarantin di rumah (home quarantine).

Saya bukan penerima Bantuan Sara Hidup. Bagaimana cara untuk menerima perlindungan mySalam?

Hanya pemohon tergolong dalam kategori B40 dan penerima Bantuan Sara Hidup sahaja layak menerima mySalam.

Apakah definisi bagi PUI/Patient Under Investigation?

Takrifan boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pautan https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/COVID19/Annex_1_case_definition_COVID_22032020.pdf

Pertanyaan Lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai COVID-19 boleh menghubungi pihak mySalam iaitu 1 300 888 938 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.