Advertisements

Permohonan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Kaukus ADUN Muda Selangor mengumumkan untuk menyalurkan bantuan kepada mahasiswa yang terkesan akibat penularan pandemik wabak COVID-19 dengan mewujudkan Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan.

Langkah ini dilakukan bagi meringankan beban mahasiswa yang bakal mendaftar pada semester 1 2020/2021 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Tambahan pula, langkah sebahagian besar IPT yang menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka telah memberikan kesan kepada pelajar yang telah tiba di kampus dan terpaksa berpatah balik ke kampung mereka.

Oleh itu, adalah penting bantuan diberikan kepada mahasiswa bagi meringankan beban mereka akibat peningkatan wabak COVID-19 yang kembali melanda negara.

Dengan inisiatif ini, diharapkan para mahasiswa dapat terus berada dalam keadaan selamat dan dapat mencegah penyebaran COVID-19.

Jenis Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan

Menerusi Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan, terdapat tiga jenis bantuan yang akan disalurkan iaitu:

  1. Pengangkutan kepada mahasiswa/mahasiswi yang perlu pulang ke kampung.
  2. Bantuan makanan.
  3. Pelitup muka dan pensanitasi tangan.

Baca juga: Pelajar Sepenuh Masa Tidak Layak BPN 2.0

Kelayakan Penerima

Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan akan disalurkan kepada 3 kategori mahasiswa berikut:

  • Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di Selangor.
  • Mahasiswa/mahasiswi dari negeri lain yang belajar di Selangor.
  • Mahasiswa/mahasiswi Selangor yang belajar di negeri lain.

Proses Permohonan

Mahasiswa yang tergolong dalam kategori penerima boleh memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Edaran TS Care Kit (IPTS sahaja)
    – Layari laman web http://bit.ly/mdekatA
    – Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
    – Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
    – Klik butang ‘Submit.’
  2. Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA sahaja)
    – Layari laman web http://bit.ly/mdekatB
    – Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
    – Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
    – Klik butang ‘Submit.’
  3. Bantuan Pengangkutan Anak Negeri Selangor
    – Layari laman web http://bit.ly/mdekatC
    – Lengkapkan semua butiran yang diperlukan.
    – Pastikan semua maklumat diisi dengan betul
    – Klik butang ‘Submit.’

Kenyataan Media

Kerajaan Selangor melancarkan program Bantuan Prihatin Mahasiswa Darul Ehsan bagi membantu pelajar yang terjejas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri melalui Kaukus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muda Selangor dengan kerjasama Team Selangor, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mahasiswa Keadilan dan Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan menyalurkan bantuan awalan kepada pelajar terlibat.

“Program ini akan memfokuskan bantuan kepada tiga kategori antaranya pelajar di Selangor yang belajar di Selangor, pelajar dari negeri lain yang belajar di Selangor dan pelajar Selangor yang belajar di negeri lain.

“Ketika ini, kerajaan negeri dalam rangka mengumpulkan maklumat ke arah menyediakan tiga bentuk kemudahan iaitu pengangkutan kepada pelajar yang perlu pulang ke kampung, bantuan makanan dan pelitup muka serta pensanitasi tangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang memerlukan bantuan boleh merujuk kepada pautan Borang Edaran TS Care Kit (IPTS): http://bit.ly/mdekatA dan Borang Bantuan Makanan Siswa Kampus Selangor (IPTA Sahaja) bagi proses permohonan serta maklumat tambahan.

“Kerajaan negeri berharap inisiatif ini dapat meringankan beban pelajar yang terkesan ketika ini,” katanya.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.