Advertisements

UiTM Prihatin: Permohonan RM100 Wang Bantuan Kebajikan Pelajar

Pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa insentif UiTM Prihatin berjumlah RM100 akan diberikan kepada para pelajar yang datang ke kampus untuk mendaftar tetapi terpaksa berpatah balik ke kampung susulan penangguhan yang telah dilaksanakan.

Penangguhan pendaftaran pelajar terpaksa dilakukan susulan meningkatnya penularan kes wabak COVID-19 di seluruh negara baru-baru ini.

Tindakan ini juga dilakukan susulan cadangan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebelum ini mengenai pendaftaran pelajar baharu secara fizikal/bersemuka di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Menurut pihak UiTM, seramai 3,252 pelajar telah hadir untuk mendaftar secara fizikal bermula 1 Oktober hinga 3 Oktober yang lalu.

Namun hanya 940 orang pelajar memilih untuk terus kekal di kolej kediaman masing-masing di seluruh negara manakala bakinya memilih untuk pulang ke rumah masing-masing.

Pihak UiTM memberi jaminan bahawa kebajikan dan keselamatan para pelajar sentiasa dipantau dan diberikan keutamaan.

Baca: Semakan BPN 2.0 Dibuka Mulai 15 Oktober

Kenyataan KPT Mengenai Penangguhan Pendaftaran

KPT pada 2 Oktober yang lalu telah mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan kepada semua IPT untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka.

Ini adalah untuk menjamin kesejahteraan dan keselamatan semua pihak serta menghalang penularan wabak COVID-19 di IPT seluruh negara.

Selain itu, KPT turut memaklumkan beberapa perkara yang lain antaranya:

  • Aktiviti pengajaran, Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) pelajar dijalankan secara atas talian.
  • Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus.
  • Semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus dibatalkan.
  • Pihak IPT akan membantu menguruskan kemasukan pelajar yang berada di dalam kampus.

Insentif UiTM Prihatin

Baca juga: Permohonan Kad Siswa Pelajar

Insentif UiTM Prihatin sebanyak RM100 bukan hanya diberikan kepada para pelajar yang telah berpatah balik ke kampung sahaja.

Namun, insentif ini juga diberikan kepada para pelajar yang telah mendaftar dan tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan yang lain.

Selain itu menerusi insentif UiTM prihatin juga, pengecualian bayaran kolej pada bulan Oktober 2020 juga diberikan kepada para pelajar.

Pengecualian bayaran kolej tersebut juga diberikan kepada pelajar yang tinggal di kolej-kolej kediaman dan di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus-kampus cawangan.

Dengan pemberian insentif ini, para pelajar boleh meneruskan pengajian dengan tenang dengan kebajikan dan keselamatan mereka terpelihara.

Pertanyaan Lanjut

Para pelajar UiTM yang terkesan dengan penangguhan pendaftaran pelajar boleh menghubungi Bilik Gerakan JOBSA iaitu 03-5544 7893.

Selain itu, para pelajar juga boleh menghantar whatsapp di talian 011-2074 2823.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.