rumah impian bangsa johor

Rumah Impian Bangsa Johor: Syarat Permohonan & Pendaftaran 2018

Orang Johor mungkin dah tahu tentang projek Rumah Impian Bangsa Johor yang diperkenalkan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim di bawah Yayasan Sultan Ibrahim.

Terbaru, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan majlis pecah tanah bagi membina kira-kira 1,000 unit Rumah Impian Bangsa Johor di Kampung Sri Pantai, Mersing.

Projek ini merupakan sebahagian janji Keluarga Diraja Johor bagi meringankan beban rakyat Johor untuk memiliki rumah sendiri.

Jenis Rumah Impian Bangsa Johor

Projek perumahan tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan.

Rumah teres satu tingkat bermula pada harga RM70,000 sahaja.

Selain itu, turut dibina rumah teres dua tingkat, rumah berkembar, banglo dan rumah kedai dilengkapi pelbagai kemudahan asas lain di kawasan seluas 57 hektar.

Anda juga boleh memohon Rumah Mampu Milik Johor sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan Rumah Impian Bangsa Johor yang terkini:

  • Pemohon mestilah rakyat Johor
  • Berpendapatan RM5,000 ke bawah
  • Bukan anak sulung atau anak tunggal
  • Tidak pernah memiliki hartanah sebelum ini termasuklah Rumah Mesra Rakyat
  • DYMM Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India. Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan

Antara ciri-ciri rumah tersebut:

  • Rumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air
  • Harga seunit bermula daripada RM70,000
  • Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air
  • Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi Yayasan Sultan Ibrahim.

Proses pemilihan yang ketat akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN.

Jawatankuasa pemilihan terdiri daripada Setiausaha Negeri dan ahli-ahli lembaga Yayasan Sultan Ibrahim.

Yayasan ini akan melantik pengurus projek dan kontraktor untuk mereka dan membina unit rumah mengikut spesifikasi Tuanku.

Jika anda bukan rakyat Johor, masih ada peluang untuk anda miliki projek perumahan rakyat seperti ini.

Bagi rakyat Selangor, anda boleh mohon perumahan Rumah Selangorku yang kini mendapat pengurangan harga sebanyak RM20,000.