Intipati Belanjawan 2021: Senarai Bantuan Kerajaan Yang Diumumkan

Berikut dikongsikan intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Antara yang menarik pada Belanjawan kali ini ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan BSH.

Selain itu, pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 selama setahun turut diumumkan.

Anda juga boleh ikuti live update bantuan-bantuan yang akan diumumkan di Telegram rasmi https://t.me/belanjawan2021

Intipati Belanjawan 2021

Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ dirangka dengan berdasarkan tiga matlamat induk yang merupakan kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kita Prihatin.

Tiga matlamat induk berkenaan ialah kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, dan ketahanan ekonomi.

  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19.
  • Kerajaan setuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui penyertaan COVID-19 Vaccine Access (COVAX)  dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion.
  • Kerajaan akan naikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500, manakala kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memanfaatkan 8.1 juta orang melibatkan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima BSH (peruntukan RM5 bilion).
  • Isi rumah berpendapatan RM2,500 dan mempunyai seorang anak akan terima bantuan RM1,200, manakala yang mempunyai dua orang anak atau lebih terima bantuan RM1,800.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501 hingga RM4,000 akan terima  bantuan BPR RM800, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima bantuan RM1,200.
  • Isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 yang mempunyai seorang anak terima bantuan RM500, manakala yang mempunyai dua anak atau lebih terima RM750.
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima bantuan RM350 dengan syarat had umur individu bujang diturunkan daripada 40 tahun sebelum ini kepada 21 tahun.
  • Kadar cukai pendapatan individu bermastautin diturunkan satu mata peratus bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, manfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.
  • Kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada sembilan peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan.
  • Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan RM6,000.
  • RM1.7 bilion subsidi, bantuan dan insentif disediakan untuk bantu petani dan nelayan, manakala elaun sara hidup nelayan dinaikkan kepada RM300.
  • RM400 juta diperuntuk hapus faedah hutang peneroka dan sediakan program pembangunan peneroka untuk dapatkan hasil  baharu.
  • RM30 juta diperuntuk kepada Perhebat bagi latihan kemahiran, keusahawanan yang dijangka manfaatkan 12,000 veteran ATM.
  • Short-term Employment Programme diperkenal, tawar 50,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan bermula Januari 2021.
  • Kerajaan lanjut pelaksanaan Program Subsidi Upah selama tiga bulan dengan lebih  bersasar.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk membeli produk perlindungan insuran, takaful hayat dan penyakit kritikal bagi perlindungan diri dan keluarga.
  • Sebanyak RM6.5 billion diperuntuk untuk akses pendidikan berkualiti kepada institusi Bumiputera jalankan program pendigitilan pembelajaran TVET dan naik taraf program ke peringkat diploma.
  • Bayaran khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan guru KAFA.
  • RM30 juta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan terutama hospital, manakala RM20 juta untuk galak sektor swasta sediakan pusat penjagaan kanak-kanak di premis mereka.
  • RM158 juta diperuntuk untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli, manakala RM5 juta untuk jalankan kerja ukur tanah tanda sempadan di 21 perkampungan Orang Asli.
  • Pusat komuniti tempat jagaan kanak-kanak selepas tamat persekolahan akan disediakan untuk ringankan kos sara hidup golongan B40 libat peruntukkan RM20 juta.
  • Kerajaan kredit RM50 secara one-off ke dalam akaun e-wallet 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, libatkan peruntukan RM75 juta.
  • RM103 juta diperuntuk untuk membina, menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia terus terima peruntukan terbesar dengan RM50.4 billion daripada keseluruhan perbelanjaan negara.
  • RM500 juta disedia untuk bina 14,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat, manakala RM315 juta bagi membina 3,000 Rumah Mesra Rakyat oleh SPNB, dan RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam.
  • Kerajaan laksanakan Skim Rent-to-Own sehingga 2022, libatkan 5,000 rumah PR1MA, dengan nilai RM1 billion, dikhaskan untuk pembeli rumah pertama.
  • Peruntukan penyelenggaraan aset utama ATM dinaikkan kepada RM2.3 billion, manakala RM27 juta diperuntuk untuk tingkat kawalan keselamatan siber negara.

— BERNAMA

Fokus Belanjawan 2021

Belanjawan kali ini memfokuskan empat perkara utama iaitu:

Memperkukuh Kesejahteraan Rakyat

  • Melindungi golongan mudah terjejas.
  • Memperkasa dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Memacu Pertumbuhan Ekonomi

  • Memacu pertumbuhan ekonomi dan pelaburan swasta.
  • Menjana peluang pekerjaan.
  • Menggalakkan keyakinan dan perbelanjaan pengguna dan pelabur.

Mengupaya Kehidupan Lestari

  • Memberi tumpuan kepada perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.
  • Memastikan kelestarian untuk pekerja, pasaran, alam sekitar dan komuniti.

Memperkasa penyampaian perkhidmatan awam

  • Memberi tumpuan keberhasilan dan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.
  • Memudahcarakan urusan perniagaan dan meningkatkan daya saing negara.

Harapan Rakyat

Belanjawan 2021 diharap dapat menjadi penawar dalam proses pemulihan ekonomi.

Belanjawan 2021 bakal melakarkan sejarah tersendiri.

Ini kali pertama satu belanjawan tahunan akan ditentukan status kelulusan dengan sokongan semua Ahli Parlimen tidak kira pegangan politik.

Ia perlu dan akan dilakukan demi kepentingan rakyat serta negara selari titah saranan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Setakat ini, kerajaan telah memperkenalkan empat “belanjawan mini” berjumlah RM305 bilion untuk menyediakan bantuan serta-merta bagi meringankan kesusahan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang terjejas ketika perang global yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi menentang COVID-19.

Ia terdiri daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS Tambahan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan KITA PRIHATIN.

Antara bantuan yang diumumkan dalam belanjawan mini sebelum ini termasuklah BPN, GKP, Program Subsidi Upah dan banyak lagi.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.