PM sebentar tadi telah mengumumkan Pakej Bantuan Khas 2021 sempena lanjutan PKP yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia atau PERMAI.
Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan 4 pakej rangsangan ekonomi bagi membantu rakyat.
Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
22 Inisiatif PERMAI 2021
Antara yang diumumkan termasuklah:
- BPN 2.0 dipercepat kepada 21 Januari 2021.
- Bantuan JKM untuk 400,000 penerima
- Program bakul makanan RM100 setiap bakul
- Potongan cukai untuk penderma yang memberi sumbangan kepada rakyat terjejas COVID-19
- Bayaran pendahuluan iSinar (Kategori 2) RM1,000 bermula 26 Januari
- Data 1GB Percuma dilanjutkan sehingga 30 April 2021
- Melonggarkan syarat permohonan SIP PERKESO
- Tambahan Program Subsidi Upah 2.0 RM1 bilion
- Bantuan one-off RM500 kepada pemandu pelancong, bas sekolah & persiaran, teksi melibatkan 132,000 penerima
- Diskaun bil elektrik 10% kepada 6 sektor terpilih
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca teks ucapan penuh pengumuman khas sebentar tadi di portal rasmi PMO.
Antara bantuan lain sepanjang 2021 termasuklah: