Advertisements

Daftar Program SAVE 3.0: Baucar RM400 Barangan Elektrik Di Shopee

Bagi anda yang berkira-kira untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk, anda boleh mendaftar dalam Program SAVE 3.0 untuk memperoleh rebat maksimum sebanyak RM400 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee dan Lazada.

Program SAVE 3.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Anda boleh lihat senarai aircond dan petik sejuk yang menyediakan diskaun sehingga 50% pada harga bermula dari RM500 sahaja di Lazada (klik di sini untuk lihat senarai penuh).

Jika anda lebih suka membeli barangan elektronik di Lazada, anda boleh lihat senarai penuh mengikut jenama pilihan di sini.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.

Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan dengan kolaborasi Shoope.

Objektif Pelaksanaan Program SAVE 3.0

Objektif pelaksanaan yang digariskan oleh pihak SEDA melalui pelaksanaan Program SAVE 3.0 ialah:

  • Meningkatkan kesedaran orang awam bagi membeli kelengkapan elektrik yang cekap tenaga yang akan menjimatkan tenaga elektrik pengguna terutamanya pengguna domestik.
  • Meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang dan peralatan cekap tenaga di pasaran.

Syarat Kelayakan

Orang ramai yang ingin mendaftar bagi Program SAVE 2.0 perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Mestilah pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB, atau SEB.
  3. e-Rebat digunakan untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 bintang atau 5 bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  4. 1 akaun bil untuk 1 e-Rebat (siapa dahulu dia dapat).

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar dan mendapatkan e-Rebat menerusi Program SAVE 2.0 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik link ini https://shp.ee/my99npj
  2. Kemudian klik link berikut https://shopee.com.my/m/program-save.
  3. Anda akan menerima paparan pendaftaran seperti di bawah:

3. Isi semua maklumat yang diperlukan merangkumi:
– No. Bil Elektrik
– No. Kad Pengenalan
– Nama Penuh
4. Tandakan pada ruangan kotak pengesahan.
5. Klik Butang ‘Submit’.
6. Anda akan menerima bancar sebanyak RM200 akan dikreditkan ke dalam Shopee Wallet selepas permohonan diluluskan.

Info & Maklumat Lanjut

Untuk info dan maklumat lanjut mengenai Program SAVE 2.0, sila layari https://shopee.com.my/m/program-save.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.