Advertisements

Insentif Kerjaya Yayasan Pahang: Diskaun RM1,000 Jumlah Pinjaman

Advertisements

Kerajaan Negeri Pahang menerusi Yayasan Pahang telah menawarkan insentif terbaharu kepada peminjam yang telah membuat pinjaman terhadap yayasan tersebut menerusi Insentif Kerjaya.

Insentif Kerjaya ini adalah insentif one-off yang diperkenalkan oleh Yayasan Pahang kepada peminjam yang telah memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan pada 2022.

Pelaksanaan insentif ini adalah sebagai hadiah kepada para peminjam yang telah memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan untuk membayar balik pinjaman terhadap yayasan tersebut.

Oleh itu, peminjam yang mendapat pinjaman daripada Yayasan Pahang adalah dialu-alukan memohon Insentif Kerjaya ini.

Pelaksanaan Insentif

Menerusi insentif ini, peminjam yang layak akan diberikan diskaun sebanyak RM1,000 yang akan ditolak daripada baki jumlah bayaran balik pinjaman mereka.

Syarat Kelayakan

Syarat yang melayakkan individu yang ingin mendapat diskaun ini adalah seperti berikut:

  1. Merupakan peminjam Yayasan Pahang.
  2. Telah mendapat memulakan perniagaan atau mendapat pekerjaan pada 2022.

Cara Memohon

Untuk memohon insentif ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Klik pautan ini https://forms.gle/rF5Vafb2y6ykKTa66 untuk membuat permohonan.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
  5. Hantar salinan surat tawaran kerja dan pengesahan majikan melalui email ke alamat [email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Insentif Kerjaya, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 Ext: 118/127/179/185/353 atau menghantar whatsapp ke 011-16631800/011-16641800.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.