Advertisements

BI WinBiz Bank Islam: Pembiayaan Khas Usahawan Wanita PKS

Advertisements

Usahawan wanita yang ingin meningkatkan perniagaan mereka boleh memohon pembiayaan khas daripada Bank Islam menerusi Bank Islam Women in Business Financing Programme (BI WinBiz).

BI WinBiz ialah produk pembiayaan yang diwujudkan untuk usahawan Wanita di Malaysia yang menjalankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi menampung perbelanjaan modal kerja dan/atau modal perniagaan mereka.

Pembiayaan ini adalah untuk menggalakkan usahawan wanita PKS untuk memajukan perniagaan mereka dalam bidang perniagaan.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini adalah minimum sebanyak RM100,000 dan maksimum sebanyak RM1 juta.

Kadar & Tempoh Pembiayaan

Kadar pembiayaan menerusi pembiayaan ini adalah 1.5% setahun dan tempoh pembiayaan adalah sehingga 7 tahun.

Skop Pembiayaan

2 skop pembiayaan yang boleh digunakan usahawan wanita menerusi pembiayaan ini iaitu:

  • Modal Kerja
  • Perbelanjaan Modal (CAPEX)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon mestilah usahawan wanita PKS.
  2. Merupakan Syarikat Sendirian Berhad, Perkongsian Liabiliti Terhad, Perkongsian, Pemilikan Tunggal, dan Penyedia Perkhidmatan Profesional.
  3. Perniagaan mestilah beroperasi tidak kurang daripada 2 tahun dan masih aktif.
  4. Sekurang-kurangnya 51% saham syarikat dimiliki oleh wanita warganegara Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan pembiayaan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web di pautan https://www.bankislam.com/business-banking/sme-banking/winbiz-financing/?fbclid=IwAR09bfMrEgOebiFL1SUPvMQqjQpKryG3fu-EEeH5h3NqJJhf6dE_X9SVjqE.
  2. Klik butang ‘Apply Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai BI WinBiz, sila kemukakan pertanyaan lanjut melalui email [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements