Advertisements

ITa & ITe: Skim Insentif Integrasi Tanaman & Ternakan Dengan Sawit

Pekebun kecil sawit boleh mengoptimumkan penggunaan tanah melalui tanaman dan ternakan menerusi Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe) dibawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB merupakan agensi yang ditubuhkan pada 1 Mei 2000 yang bermatlamat untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.

Bagi mengoptimumkan penggunaan tanah dalam kalangan pekebun kecil sawit, MPOB memperkenalkan ITa dan ITe dengan objektif:

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah melalui penanaman tanaman kontan dan amalan penternakan.
  • Mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil sawit.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara.

Oleh itu, pekebun kecil sawit yang berminat untuk membuat permohonan boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan dengan segera.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang akan diterima oleh pekebun kecil yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:

i) ITa

  • Tanaman Nenas – RM7,000 bagi setiap hektar plot tanaman
  • Tanaman Pisang, Tembikai, Jagung, Betik – RM3,000 bagi setiap hektar plot tanaman

ii) ITe

Pemberian insentif wang tunai sebanyak RM15,000 bagi setiap projek iaitu:

  • Ayam daging/kampung
  • Itik penelur

Pecahan skop bantuan adalah seperti berikut:

  • RM3,500 bagi penyediaan kandang/reban ternakan.
  • RM11,500 bagi pembelian input seperti benih/anak ternakan, makanan dan ubat-ubatan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  2. Pekebun kecil persendirian sahaja dengan had pemilikan tanah bertanam sawit tidak melebihi 6.5 hektar dan bukan peserta dari lain-lain agensi persekutuan atau negeri.
  3. Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah.
  4. Mempunyai lesen MPOB yang sah.
  5. Bukan peserta lain-lain agensi pembangunan tanah negeri atau persekutuan (bagi ITe sahaja).
  6. Hanya layak untuk memohon satu jenis projek ternakan sahaja (bagi ITe sahaja).
  7. Jika pemohon adalah pasangan suami/isteri, maka seorang sahaja layak memohon (bagi ITe sahaja).
  8. Umur pokok sawit tidak lebih dua tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut segitiga sama (jika melaksanakan integrasi tanaman) (bagi ITa sahaja).
  9. Belum melaksanakan kerja-kerja tanaman kontan semasa permohonan dibuat (bagi ITa sahaja).

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di Pejabat TUNAS MPOB di seluruh negara.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan ke alamat:

    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
    No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi,
    43000 Kajang, Selangor.
    (u.p: Ketua Unit Pemerkasaan Pekebun Kecil)

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti:

  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Salinan dokumen pemilikan tanah.
  4. Salinan lesen MPOB.
  5. Surat akuan sumpah sebagai pekebun untuk mengesahkan penanaman di lokasi yang dipohon/Surat wakil kuasa mengusahakan tanah (jika berkenaan).
  6. Dokumen sewa tanah/pajak (jika berkenaan).

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai skim ITa dan ITe ini, sila hubungi:

i) ITa

ii) ITe

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.