Advertisements

Semakan Status Permohonan BMT RISDA 2022

Pekebun kecil (pemilik pengusaha) dan pekebun kecil (penoreh bukan pemilik) yang berdaftar dengan RISDA kini boleh membuat semakan permohonan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun 2022.

BMT ialah bantuan diwujudkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

Untuk makluman, pekebun kecil getah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri manakala penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

Sebelum ini, permohonan bantuan ini telah dibuka mulai 5 Mei 2022 sehingga 15 September 2022 dan pekebun kecil serta penoreh getah boleh membuat permohonan secara atas talian.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Bayaran bantuan ini dibuat secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

i) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
  6. Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.

ii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
  7. Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.

Cara Membuat Semakan

Semakan status permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web eBMT iaitu https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Hantar.’
  4. Status permohonan dipaparkan.

Penyaluran Pembayaran

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Adalah dimaklumkan nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut berkaitan status permohonan BMT 2022 boleh dihubungi melalui talian 03-42512125 atau 03-42512135 atau 03-42512023.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.