Perbadanan Putrajaya telah membuka permohonan secara online bagi Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Putrajaya bagi Fasa 4.
PPAM adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang telah dilancarkan oleh kerajaan pada awal tahun 2013.
Ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang berkualiti di lokasi yang strategik pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.
Perumahan ini menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.
Bgai penjawat awam yang berminat, permohonan secara online dibuka mulai 7 November sehingga 21 November 2022 secara atas talian.
Harga Jualan
Harga jualan yang ditetapkan ialah di antara RM90,000 hingga RM300,000 seunit kepada semua anggota perkhidmatan awam yang layak.
Kriteria Pemohon
Kriteria pemohon yang layak untuk memohon perumahan ini adalah seperti berikut:
- Keutamaan kepada penjawat awam bekerja/tinggal di Putrajaya.
- Keutamaan bagi mereka yang tiada rumah pertama di Putrajaya.
- Keutamaan bagi pendapatan di bawah RM10,000.
- Pemohon/pasangan tidak layak menduduki kuarters di Putrajaya.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Penjawat awam dalam kategori berikut:
– Pihak Berkuasa Tempatan
– Perkhidmatan Awam Negeri
– Perkhidmatan Awam Persekutuan
– Badan Berkanun Negeri
– Badan Berkanun Persekutuan - Warganegara Malaysia.
- Penjawat awam (lantikan atau kontrak).
- Moratorium selama 10 tahun.
- Bagi penjawat awam yang telah berpencen, mereka mestilah mempunyai kad tentera.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://www.ppam.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Kemudian, log masuk denga memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan sehingga selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai PPAM Putrajaya Fasa 4, sila hubungi:
- Puan Nurul: 03-88877148
- En Mahathir: 03-88877282
- Puan Nor Azila: 03-88877422