Advertisements

Kursus Percuma Pastri & Bakeri Untuk Wanita Bangsa India B40

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mewujudkan kursus percuma pastry dan baking untuk wanita menerusi Program Memperkasakan Usahawan Wanita dalam Pastri dan Bakeri.

Untuk makluman, Program Memperkasakan Usahawan Wanita dalam Pastri dan Bakeri ini diadakan bagi memfokuskan untuk melahirkan golongan usahawan India yang berkemahiran tinggi.

Golongan sasaran bagi program ini adalah masyarakat India kategori B40 dan bagi pemohon yang berminat, sila buat permohonan sebelum 24 November 2022.

Tarikh, Waktu & Tempat Program

Tarikh program ini berlangsung ialah pada 5 Disember 2022 hingga 9 Disember 2022 dan 12 Disember 2022 sehingga 16 Disember 2022.

Program ini akan dijalankan di Kings College, Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Modul Kursus

Modul kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pengenalan program dan prosedur perniagaan pastri dan bakeri.
  • Kek span “Glutten Free” dan rendah kalori dan seni bergaya dan hiasan.
  • California Raisin Maringue Pai.
  • Pumpkin Scone dan Kek Pisang Kelapa.
  • Keusahawanan dan e-Dagang.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berbangsa India daripada golongan B40.
  2. Berumur di antara 18 hingga 35 tahun.
  3. Berminat untuk mendalami ilmu pengetahuan tentang perniagaan pastri.
  4. Hanya 60 peserta yang memenuhi syarat kelayakan akan dimaklumkan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah mudah ini:

  1. Layari pautan https://docs.google.com/forms/d/1ZckL4KwR0BhOT5AUYFTBeRqgIeCKv4WMt8cayJrXwb8/viewform?edit_requested=true&fbclid=IwAR29de1my6EoNP7nqhOa6a8y9NzqR5aTjOtn9KdSqEUmNo-3OnluhMihZdo.
  2. Isi maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Memperkasakan Usahawan Wanita dalam Pastri dan Bakeri ini, sila hubungi talian berikut:

  • 018-222 5398
  • 018-222 1563
  • 018-222 1789

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.