NGO, yayasan, dan syarikat berdaftar yang berminat untuk melaksanakan program untuk masyarakat India dialu-alukan untuk memohon Geran Kewangan MITRA 2022.
Untuk makluman, Geran Kewangan MITRA diwujudkan bagi mengatasi masalah utama yang membelenggu masyarakat India di dalam negara iaitu mereka yang tergolong dalam isi rumah berpendapatan rendah atau B40 selain tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, ketidakstabilan keluarga, dan lain-lain lagi.
Menerusi geran ini, NGO, yayasan, dan syarikat berdaftar akan diberikan bantuan kewangan untuk melaksanakan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India di dalam negara.
Oleh itu, permohonan bagi Geran Kewangan MITRA 2022 boleh dibuat mulai 14 Mac 2022 hingga 13 Julai 2022.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh pemohon adalah tidak melebihi RM300,000.00.
Pihak Layak Membuat Permohonan
Terdapat 3 pihak yang layak membuat permohonan geran ini iaitu:
- Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
- Syarikat/Peniagaan Berdaftar
- Yayasan Berdaftar
Kategori Permohonan
Terdapat dua kategori permohonan yang boleh dipohon menerusi geran ini iaitu:
- Kategori 1: Menaik taraf ekonomi dan keusahawanan melibatkan pembangunan kemahiran profesional dan keusahawanan.
- Kategori 2: Memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender, meningkatkan akses, penyaluran maklumat, kesejahteraan wanita dan wanita terpinggir.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web iaitu https://aplikasi.perpaduan.gov.my/spgkm/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Akaun.’
- Log in dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.
- Setelah login, klik butang ‘Tambah +’ dan klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan di setiap bahagian.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.
Soalan Lazim
Organisasi hanya boleh mengemukakan permohonan GKM berdasarkan dua kategori permohonan sahaja.
Organisasi boleh mengemukakan satu permohonan untuk satu kategori sahaja. Sekiranya terdapat dua permohonan dalam bidang yang sama, permohonan yang terawal berdasarkan tarikh dan masa akan dipilih.
Permohonan yang telah dikemukakan tidak boleh dikemas kini.
Permohonan akan ditolak.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran Kewangan MITRA 2022, sila hubungi 03-8091 8198 atau menghantar email ke [email protected].