Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan satu lagi bantuan yang dikhususkan kepada golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu Kelas B2 iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM).
Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
CSR ini telah dilaksanakan sejak 1990-an menerusi Program JPJ Bersama Rakyat sebelum ditukar nama kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.
Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM dikhususkan kepada mereka memerlukan seperti golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang mempunyai kesulitan bagi mengikuti kelas di institusi latihan memandu bagi mendapatkan lesen memandu Kelas B2.
Dengan pemilikan lesen kelas B2 ini, golongan B40 dapat memanfaatkan bantuan berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selain mengukuhkan pasaran tenaga kerja negara.
Diskaun Bayaran Lesen
Menerusi bantuan lesen ini, penerima yang layak hanya akan dikenakan dikenakan bayaran sebanyak RM250 seroang dengan menghadiri kursus singkat.
Bayaran ini jauh lebih rendah berbanding kos sebenar yang perlu ditanggung oleh individu biasa berjumlah RM750 seorang.
Syarat Kelayakan
Penerima bantuan lesen ini akan melalui tapisan yang dilakukan oleh JPJ bagi memenuhi syarat kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Sihat tubuh badan dan mental.
- Tiada kecacatan fizikal.
- Tidak disenarai hitam JPJ atau polis.
- Belum memiliki sebarang lesen memandu kenderaan.
Cara Permohonan
Setakat ini, pihak JPJ masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai cara bagi orang ramai memohon bantuan lesen ini.
Sebarang perkembangan lanjut mengenai permohonan bantuan lesen ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Info Lanjut
Untuk info lebih lanjut mengenai BLKM, sila layari laman Facebook https://www.facebook.com/motmalaysia.