Advertisements

Login JPJeBid Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Online

Kini anda boleh membida nombor plat kenderaan terkini melalui sistem JPJeBid yang baru dilancarakan secara rasmi oleh JPJ.

JPJeBid merupakan sistem bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara atas talian yang mula beroperasi 15 April lalu.

Semua rakyat Malaysia termasuk pemilik syarikat layak mendaftar dan membida dengan syarat mempunyai rekod atau transaksi di dalam Sistem mySIKAP.

Sekiranya anda belum mempunyai sebarang transaksi mySIKAP, anda perlu mendaftar di mana-mana pejabat JPJ berdekatan.

Antara dokumen diperlukan untuk pendaftaran ialah:

Individu: Satu salinan kad pengenalan/passport/sijil kelahiran/resit pengenalan sementara yang masih berkuat kuasa.

Perniagaan pemilik tunggal / perkongsian:

  • Satu salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan – Borang D (nama syarikat,maklumat dan maklumat pemilik); atau
  • Satu salinan Lesen Perniagaan (Sabah dan Sarawak sahaja)
  • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

Syarikat Sdn Bhd:

  • Satu salinan Borang 9 atau Borang 13 dan Borang 49 atau Borang Seksyen 58.
  • Surat wakil syarikat sekiranya wakil syarikat yang hadir untuk membuat pendaftaran.

Baca juga: Cara Semak Saman JPJ Online

Login JPJeBid

Selesai pendaftaran anda kini boleh membida nombor plat kenderaan melalui portal rasmi JPJeBid di https://jpjebid.jpj.gov.my

Caj perkhidmatan RM10 akan dikenakan bagi setiap nombor pendaftaran yang dibida.

Tempoh Bidaan untuk Nombor Pendaftaran FC bermula 15 April 2019, 1000hrs dan tamat pada 19 April 2019, 2359hrs.

Pembida tidak perlu meletakkan sebarang deposit namun harus membayar harga minima atau lebih dari harga minima bagi setiap kategori nombor kenderaan yang dibida pada kali pertama.

Harga Bidaan

Terdapat empat jenis kategori nombor kenderaan yang boleh dibida, antaranya:

  1. Nombor Bernilai Utama
  2. Nombor Menarik
  3. Nombor Popular
  4. Nombor Biasa

Harga berbeza mengikut kategori.

Bagi kategori Nombor Bernilai Utama, harga bidaan bermula dari RM20,000 dengan kenaikan harga bidaan minima RM1,000.

Bagi nombor menarik pula, harga minima bermula RM3,000. Kenaikan bidaan minima RM150.

Nombor popular dijual pada harga bermula RM800 dengan kenaikan bidaan minima RM40 sahaja.

Manakala nombor biasa boleh dibeli pada harga RM300. Kenaikan bidaan minima RM15.

Setiap amaun bidaan pertama yang dibida mestilah sama atau melebihi harga minima yang ditetapkan mengikut kategori.

Peningkatan minima bidaan adalah 5% dari amaun harga minima mengikut kategori nombor dengan ketiadaan had untuk peningkatan maksimum.

Formula :

5% X Harga Minima Bidaan = Kenaikkan Harga Minima

Harga Minima Bidaan + Kenaikan Harga Minima = Jumlah Bidaan

Contoh:

login jpjebid

Anda boleh membida seberapa banyak nombor plat yang anda suka. Namun setiap individu hanya layak menjadi pemenang tiga nombor sahaja (maksimum).

Pentadbir sistem akan menghantar e-mel makluman kepada pembida untuk memaklumkan status bidaan samada berjaya atau gagal.

Keputusan bidaan juga boleh dilihat di portal JPJeBid melalui carian nombor kenderaan yang dibida sahaja.

Pembayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit tempatan sahaja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh baca di bahagian Soalan Lazim JPJeBid.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.