Berita baik buat mahasiswa berasal dari Negeri Sembilan, kerajaan negeri telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 sebulan.
Permohonan dibuka sepanjang semester 2018 / 2019.
Namun permohonan hanya layak untuk graduan universiti awam sahaja.
Kerajaan turut memperkenalkan bantuan kad siswa Bank Rakyat khas untuk pelajar universiti.
Syarat Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan
Berikut antara syarat-syarat membuat permohonan BSH kerajaan Negeri Sembilan:
- Pengajian IPTA atau Politeknik sahaja.
- Pelajar mestilah dilahirkan di Negeri Sembilan dan ibu/bapa lahir di Negeri Sembilan.
- Jikalau pelajar tidak lahir di Negeri Sembilan, pelajar mestilah menetap di Negeri Sembilan lebih daripada 8 tahun (sijil berhenti sekolah diperlukan).
- Gaji ibu bapa / seisi rumah tidak melebihi daripada RM3930.
Borang boleh diambil di Yayasan Negeri Sembilan atau boleh juga diisi secara online di sini.
Sila hubungi 06-7628046 untuk maklumat lanjut.