Tahukah anda tentang Kad Perak Prihatin?
Jika di Selangor ada Kad Peduli Sihat, di Perak kerajaan negeri memperkenalkan Kad Perak Prihatin dalam menyediakan bantuan kad makanan RM80 sebulan dan kad kesihatan berjumlah RM300 setahun.
Kad tersebut perlu diaktifkan terlebih dahulu sama ada secara online atau SMS.
Caranya mudah sahaja…
Pengaktifan Online
- Layari portal rasmi perakprihatin.com
- Klik butang Pengaktifan Kad
- Masukkan nombor kad, nombor CVV 3 digit belakang kad, dan nombor kad pengenalan
- Klik Hantar
Baca juga: Skim PeKa B40 Menyediakan Bantuan Alatan Perubatan Sehingga RM20,000!
Pengaktifan SMS
Untuk aktifkan Kad Perak Prihatian melalui SMS, caranya mudah sahaja:
- Taip WBC<jarak>PACT<jarak>Nombor Kad 6 Digit Terakhir<jarak>Nombor MyKad 6 Digit Terakhir dan hantar ke 33555
- Contoh WBC PACT 123456 105100
Selain itu, anda juga boleh terus hubungi careline Perak Prihatin di talian 1 800 22 6600 atau emel ke [email protected]
Manfaat Kad Perak Prihatin
Antara manfaat utama kad ini ialah:
- Menyediakan pembiayaan kesihatan RM300 setahun
- Had penggunaan setiap kali rawatan RM50
- Pembiayaan RM80 sebulan bagi membeli barang keperluan asas
- Boleh diguna pakai di pasaraya berdaftar
Namun perlu diingatkan baki bulanan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
Berikut senarai barangan keperluan asas yang diluluskan bagi penggunaan Kad Perak Prihatin, antaranya:
- Beras
- Mi dan bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan garam
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun, kelengkapan mandian. dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang
- Produk tenusu
- Barangan persekolahan
Berikut cara-cara menggunakan kad tersebut.
Kesihatan
- Sila serahkan Kad Perak Prihatian dan kad pengenalan di klinik berdaftar
- Pengesahan had kelayakan dan baki gunaan
- Klinik akan menghubungi Perak Prihatin untuk pengesahan
- Pengguna menandatangani borang kehadiran dan PDPA
- Penerima menerima rawatan dan perubatan
- Klinik merekodkan rawatan dan membuat tuntutan secara online
- Semakan, pengesahan dan bayaran kepada klinik
Makanan
- Peserta pergi ke kedai / pasaraya berdaftar
- Peserta memilih baranga keperluan asas
- Peserta menyemak baki kad sebelum membuat bayaran
- Peserta memberikan Kad Perak Prihatan kepada juruwang di kaunter pembayaran
- Juruwang akan merekodkan barangan yang dipilih secara automatik
- Hanya barangan yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian yang akan ditapis oleh sistem POS
- Juruwang akan masukkan kad tersebut ke dalam terminat pembayaran
- Peserta perlu menekan nombor pin, selesai
Untuk info lanjut anda boleh ke portal rasmi Perak Prihatin di sini.