Login Sistem Semakan Keputusan UPU Online 5 Mei 2019 Lepasan SPM

Semakan keputusan UPU Online ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat bermula 5 Mei 2019 jam 12 tengah hari.

Semakan UPU ini terbuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM / STPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (IPTA), Politeknik Premier, Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA.

Baca: Senarai 20 IPTA / Universiti Awam Di Malaysia

Berikut antara maklumat penting yang perlu diketahui para pemohon antaranya tarikh- tarikh penting sesi akademik 2019/2020, pautan URL saluran semakan keputusan, cetakan hebahan dan juga semakan panggilan temuduga.

Semakan Keputusan UPU Online

semakan keputusan upu online

Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik Premier, ILKA dan Kolej Komuniti bagi Sesi 2018/2019

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan semakan keputusan UPU 2018 bagi memudahkan urusan para pelajar lepasan SPM/ STPM dan yang setaraf dengannya selain tarikh- tarikh penting seperti semakan panggilan dan sebagainya.

Tarikh- Tarikh Penting Untuk Lepasan SPM/Setaraf

Berikut merupakan tarikh- tarikh penting yang perlu diberikan perhatian oleh calon lepasan SPM/setaraf:

  • 23 April- 29 April : Semakan Panggilan Temu Duga Lepasan SPM
  • 23 April- 06 Mei : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM
  • 21 Mei – 27 Mei : Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan SPM/ Setaraf
  • 21 Mei – 27 Mei : Permohonan UPU Online Rayuan ke UA/ Politeknik Premier dibuka
  • 28 Mei – 03 Jun : Permohonan UPU Online Lepasan SPM ditutup
  • 11 Jun- 17 Jun : Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Rayuan Lepasan SPM

Tarikh- Tarikh Penting Untuk Lepasan STPM/Setaraf

Berikut merupakan tarikh- tarikh penting yang perlu diberikan perhatian oleh calon lepasan STPM/setaraf:

  • 07 Mei- 13 Mei : Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Program Temu Duga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf
  • 14 Mei- 20 Mei : Ujian MEdSI dijalankan
  • 14 Mei- 25 Jun : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM/setaraf (tertakluk kepada UA)
  • 28 Mei- 01 Julai : Semakan Panggilan Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/ Setaraf
  • 01 Jun- 30 Jun : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM/setaraf (tertakluk kepada UA)
  • 30 Julai- 05 Ogos: Hebahan Keputusan Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf
  • 30 Julai- 05 Ogos: Permohonan UPU Online Rayuan STPM/setaraf dibuka
  • 06 Ogos- 12 Ogos: Permohonan UPU Online Rayuan STPM/setaraf ditutup
  • 20 Ogos-26 Ogos: Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Rayuan Fasa 1
  • 10 September- 16 September: Hebahan Keputusan Permohonan Kemasukan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Rayuan Fasa 2

Nota:

  1. Bagi pemohon yang bakal menduduki ujian MEdSI, klik pautan ini untuk mendapatkan contoh soalan. Semoga dengan persediaan yang lebih rapi, pemohon dapat melanjutkan pengajian dalam bidang yang dipilih.

Semakan Keputusan UPU 2019

Terdapat dua cara untuk membuat semakan bagi kesemua calon lepasan SPM/setaraf dan STPM/setaraf:

a) Atas talian/online:

Layari mana-mana saluran di bawah untuk membuat semakan keputusan UPU secara online:

atau

b) Menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS):

semakan keputusan upu 2018

Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier

Taip: UPU(jarak)RESULT(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti/ ILKA (TVET)

Taip: UPU(jarak)TVET(jarak)NO. KAD PENGENALAN dan hantar SMS ke 15888.

Pemohon yang berjaya melanjutkan pengajian akan menerima surat tawaran dalam masa terdekat.

Maklumat Penting

Berikut merupakan maklumat yang perlu diambil berat oleh pemohon:

  1. Untuk membuat semakan atas talian, sila peka kerana Sistem Aplikasi Semakan UPU Online hanya akan diaktifkan bermula dari tarikh rasmi hebahan keputusan UPU (sila rujuk senarai tarikh penting di atas).
  2. Bagi setiap permohonan dan rayuan yang telah berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan.
  3. Bagi mendapatkan maklumat terkini, para pemohon disarankan untuk melayari portal rasmi UPU dan Faceboook rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

Kepada para pemohon, selamat maju jaya dan selamat meneruskan perjuangan dalam bidang yang diceburi!

Permohonan Rayuan

Bagi pemohon yang GAGAL, anda boleh membuat permohonan rayuan UPU dalam tempoh lima hari selepas keputusan diumumkan.

Dan bagi pelajar yang ditawarkan Program Matrikulasi 2018/2019 namun masih menunggu keputusan UPU 2018, anda masih berpeluang mendaftar di kolej matrikulasi masing-masing pada 23 Mei 2018.

  • 178
    Shares