Advertisements

PPES 2.0: Bantuan Geran Mesin, Peralatan Atau Infrastruktur Johor

Advertisements

Kerajaan Negeri Johor melalui Perbadanan Usahawan Johor kini membuka permohonan bagi Program Pembangunan Ekonomi Setempat 2.0 (PPES 2.0) dengan menyediakan geran mesin, peralatan, atau infrastruktur.

Program ini dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan kepada pelaksanaan Program Pembangunan Ekonomi Setempat 1.0 (PPES 1.0) pada tahun 2021.

Menerusi PPES 2.0, koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar boleh memohon bantuan geran mesin, peralatan, atau infrastruktur sehingga RM15,000.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan program ini sebelum tarikh tutup permohonan yang ditetapkan iaitu 15 Mac 2022, 12 tengah malam pada hari Selasa.

Skop Bantuan

Skop bantuan geran yang ditawarkan adalah bernilai sehingga RM15,000 sahaja.

Geran tersebut merangkumi kos menaiktaraf infrastruktur, pembelian mesin dan peralatan yang berkaitan dengan projek.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Penduduk tetap negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun.
  2. Permohonan hanya terbuka kepada koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar (NGO) dan telah berdaftar dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pejabat Daerah di Negeri Johor, jabatan/agensi atau kementerian yang berkaitan.
  3. Permohonan terbuka kepada semua jenis projek/perniagaan yang patuh syariah dengan menyediakan kertas kerja projek untuk dimuatnaik ketika permohonan dibuat.
  4. Ketika permohonan dibuat, projek telah dijalankan dan berpotensi untuk berdaya maju.
  5. Projek yang diusahakan perlu beroperasi di dalam Negeri Johor sahaja dan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan manfaat kepada masyarakat setempat.
  6. Permohonan yang dibuat menerusi koperasi, persatuan atau NGO perlu mempunyai kewangan yang kukuh serta kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek berkaitan.
  7. Keutamaan permohonan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan ini dibuat.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://padu.pujb.my.
  2. Klik butang ‘Daftar Sistem Padu’ dan klik ‘Daftar Akaun Baharu.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  5. Selepas berjaya log masuk, buat permohonan seterusnya dan hantar.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang masalah atau pertanyaan bagi permohonan menerusi
Sistem PADU, sila hantar whatsapp ke 011-2075 5135 atau email ke [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.