Advertisements

Program Bangkit OKU: Kursus Jana Pendapatan Khas OKU Johor

Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Johor kini berpeluang untuk menyertai kursus bagi menjana pendapatan khas iaitiu Program Bangkit OKU.

Program Bangkit OKU ini dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) yang merupakan yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997.

Progam ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan OKU untuk meluaskan peluang menjana pendapatan.

Dengan kursus ini juga, para OKU berpeluang mempelajari kursus kemahiran yang ditawarkan oleh YPKDT bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Oleh yang demikian, OKU yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 23 Mac dan tempat adalah terhad.

Kursus Yang Ditawarkan

Terdapat 3 kursus yang ditawarkan kepada pemohon yang berminat iaitu:

  • Pembuatan Sabun Cenderahati
  • Pembuatan Sushi dan Gimbap
  • Pembuatan Bouquet Bunga

Kursus Tambahan

Terdapat juga kursus tambahan bagi OKU yang terpilih untuk program ini iaitu:

  • Kursus Pembungkusan
  • Pelabelan serta Kursus Pemasaran Digital.

Cara Memohon

OKU atau pemohon boleh membuat permohonan seperti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://forms.gle/KNBzzLFJXUQ5D14a9.
  2. Baca maklumat program dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  4. Isi maklumat seterusnya dan klik butang ‘Next.’
  5. Hantar permohonan dengan klik butang ‘Submit.’

Pertanyaan Lanjut

Hubungi Unit Pembangunan OKU YPKDT di talian 07-2666526 untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Bangkit OKU.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.