Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang mengalami bencana alam mempunyai alternatif untuk memohon pembiayaan iaitu melalui Dana Kecemasan PKS 2.0 atau SME Emergency Fund 2.0 (SMEEF 2.0).
SMEEF merupakan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh Malaysian Industrial Development Fund (MIDF) yang merupakan salah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Dana ini diwujudkan adalah untuk membantu PKS yang terjejas akibat bencana alam termasuk banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai, dan tanah runtuh.
PKS yang berminat boleh membuat permohonan dana ini secara atas talian.
Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi dana ini adalah daripada RM50,000 sehingga RM100,000.
Tempoh & Kadar Pembiayaan
Tempoh pembiayaan adalah sehingga 5 tahun termasuk 12 bulan moratorium.
Kadar pembiayaan yang ditawarkan pula adalah 0%.
Pembiayaan Yang Layak
Pembiayaan yang layak memohon dana ini adalah seperti berikut:
- Pembiayaan aset
- Modal kerja
Syarat Kelayakan
PKS yang ingin memohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:
- Berdaftar dengan SSM dan memiliki lesen perniagaan yang sah.
- Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana.
- Menyediakan bukti kesan bencana alam (contohnya: surat yang dikeluarkan pejabat daerah atau salinan laporan polis).
- Syarikat PKS dalam mana-mana sektor ekonomi.
- Jualan minimum sekurang-kurangnya RM300,000 dan ke atas atau mempunyai pekerja sepenuh masa sekurang-kurangnya 5 orang dan ke atas.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web permohonan iaitu https://bit.ly/3uQj7m5.
- Klik butang ‘Register.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan User ID dan juga kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenau SMEEF 2.0, sila hubungi pihak MIDF di talian 1-300-88-6433.