Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan peralatan perniagaan menerusi Skim Bantuan Peralatan Pernaiagaan (SKIPP).
YPKDT adalah yayasan yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada 19 Mei 1997 dan mula beroperasi pada 1 Oktober 1997.
Yayasan ini berperanan untuk merangka dan merancang pelbagai program bertujuan untuk membantu meningkatkan pengetahuan masyarakat terutama dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak berkaitan komunikasi dan cara-cara berkesan dalam membentuk institusi keluarga yang bahagia dan harmoni.
Salah satu skim bantuan yang ditawarkan kepada rakyat Johor menerusi yayasan ini adalah SKIPP yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Negeri Johor terlibat dalam bidang perniagaan terutamanya kepada golongan sasar.
Permohonan skim bantuan ini telah dibuka kepada permohonan dan akan ditutup pada 15 Mac 2022 iaitu pada hari Selasa.
Golongan Sasar
Golongan sasar yang layak memohon skim bantuan ini adalah:
- Wanita (ibu tunggal dan B40)
- Belia
- Orang Kurang Upaya (OKU)
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun (bagi ibu tunggal dan wanita); atau
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 40 tahun (bagi belia); atau
- Berumur di antara 18 tahun sehingga 60 tahun (bagi OKU).
- Pemohon mempunyai Surat Pengesahan Ibu Tunggal/Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (bagi ibu tunggal dan wanita).
- Pemohon mempunyai Sijil Pendaftaran OKU/Kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (bagi OKU).
- Warganegara Malaysia
- Pemohon kelahiran Negeri Johor/bermastautin di Negeri Johor melebihi 5 tahun.
- Mempunyai pendapatan bulanan bagi kategori B40 yang tidak melebihi RM4,850.00 sebulan.
- Pemohon masih aktif dan mampu bekerja dan mengembangkan perniagaan.
- Telah menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di rumah (home-based business) atau mempunyai premis perniagaan sendiri.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang telah/pernah mengikuti program/kursus anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim.
- Pertimbangan akan diberikan kepada pemohon yang belum/ tidak pernah mengikuti program/kursus anjuran YPKDT berpandukan beberapa terma dan syarat.
- Telah mendaftar sebagai golongan sasar (ibu tunggal, wanita, belia dan OKU B40) di bawah SMART (Sistem Maklumat Golongan Sasar) YPKDT menggunakan borang SMART.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan SKIPP, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun borang permohonan di pautan http://ypkdt.org.my/wp-content/uploads/2022/02/BORANG-PENGUMPULAN-DATA-TERPERINCI-GOLONGAN-SASAR2.pdf?fbclid=IwAR28ZUzsXfzrYgYXuA0_FWnrgy8Lm99y1L5IGGjZxLyxseeD13RGyAv3Mx8.
- Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
- Sediakan dokumen sokongan.
- Hantar borang permohonan ke pejabat YPKDT yang berhampiran.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama adalah seperti berikut:
- Salinan MyKad/Kad Pengenalan.
- Sekeping gambar berukuran passport.
- Surat Pengesahan Ibu Tunggal/salinan Sijil Kematian Suami/Sijil Penceraian (Ibu Tunggal).
- Salinan Kad Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU)/ Kad OKU di bawah JKM.
- Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) (sekiranya ada).
- Salinan Slip Gaji Terkini (Jika masih bekerja beserta cop pengesahan majikan).
- Pengesahan Pendapatan Bulanan Oleh Penghulu/Ketua Masyarakat/ Pegawai Daerah/Ketua Jabatan atau mana-mana Pegawai Kerajaan atau golongan profesional (sekiranya tiada slip gaji).
- Beberapa keping gambar produk, premis atau kedai dan perniagaan sedia ada.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SKIPP, sila layari laman web http://ypkdt.org.my/.