Advertisements

Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan di bawah Belanjawan 2022 yang diumumkan tahun lalu.

Untuk makluman, menerusi Belanjawan 2022 kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Bantuan kewangan diwujudkan ini sebagai usaha berterusan kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Permohonan bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini dibuka mulai 1 Mac sehingga 15 Mac 2022.

Pengusaha Pelancongan Terlibat

Pengusaha pelancongan yang terlibat dalam bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Syarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
  • Syarikat Malaysia Mysecond Home (MM2H)
  • Pemandu pelancong
  • Pengusaha spa
  • Pusat urutan kaki (PUK)
  • Pengusaha homestay

Jumlah Bantuan Kewangan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada pengusaha pelancongan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
  • Spa dan PUK: RM3,000.00
  • Pemandu pelancong: RM1,500
  • Pengusaha homestay: RM1,800

Bayaran-bayaran ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali mulai bulan Mac dan Mei 2022.

Cara Memohon

Pengusaha pelancongan yang berminat boleh membuat permohonan menerusi laman web https://www.motac.gov.my/.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini boleh dirujuk kepada pejabat MOTAC di setiap negeri.

Maklumat pejabat MOTAC boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.motac.gov.my/hubungi/pejabat-negeri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.