Advertisements

Permohonan Felo Perdana & Felo Korporat 2022

Para belia yang berminat untuk menyertai program Felo Perdana dan Felo Korporat 2022, permohonan bagi menyertai program ini telah dibuka.

Untuk makluman, program Felo Perdana dan Felo Korporat merupakan program berkonsepkan mentoring yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Program Felo Perdana telah dilaksanakan sejak tahun 2013 manakala program Felo Korporat pula telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

Permohonan kedua-dua program ini telah dibuka mulai 25 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara atas talian.

Mengenai Felo Perdana & Felo Korporat

Program Felo Perdana adalah sebuah program berkonsepkan mentoring melibatkan penempatan mantee (felo) bersama Ahli Jemaah Menteri.

Manakala program Felo Korporat pula juga sebuah program berkonsepkan mentoring melibatkan penempatan mantee (felo) bersama Ketua Pegawai Eksekutif syarikat korporat.

Objektif pelaksanakaan kedua-dua program ini adalah untuk:

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina keyakinan diri di kalangan graduan dan siswazah.
  • Memberi pendedahan mengenai pengurusan dan sistem pentadbiran kerajaan.
  • Memberi pendedahan mengenai dunia korporat dan peluang kepada anak muda Malaysia menimba pengalaman secara langsung daripada tokoh korporat yang berjaya.
  • Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk melibatkan diri secara langsung dalam perancangan dan penggubalan dasar kerajaan.
  • Sebagai platform kepada belia Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan.

Tempoh Penempatan

Bagi peserta Felo kategori Graduan, mereka akan ditempatkan bersama mentor selama 3 bulan (minimum) sehingga 6 bulan (maksimum) manakala untuk peserta Felo kategori Siswa, mereka akan ditempatkan bersama mentor selama 6 minggu
(minimum) sehingga 3 bulan (maksimum).

Elaun Bulanan

Pemberian elaun bulanan sebanyak RM1,000 akan diberi kepada peserta Felo kategori Siswa manakala Felo kategori Graduan akan diberi elaun bulanan sebanyak RM2,000.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur 18 hingga 30 tahun pada tahun 2022.
  3. Calon fasih berkomunikasi dan mahir menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  4. Peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda ke atas.
  5. Pemohon mestilah calon Siswa yang sedang belajar dari mana-mana IPTA/IPTS di dalam atau luar negara; atau
  6. Calon Graduan (Ijazah Pertama) yang telah tamat pengajian dari mana-mana IPTA/IPTS di dalam atau luar negara.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://myfelo.kbs.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna.’
  3. Isi maklumat seperti yang dipaparkan dan klik pada butang ‘Simpan.’
  4. Semak email yang didaftarkan dan klik pada pautan ‘Aktifkan Akaun Anda’ untuk pengaktifan pendaftaran pengguna.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Kata laluan diikuti dengan butang Log Masuk.
  6. Isi setiap maklumat yang diperlukan.
  7. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  8. Buat perakuan dan klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Graduan/Surat pengesahan sedang dalam pengajian.
  2. Sijil penglibatan sukan dan komuniti (jika berkaitan).
  3. Resume.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Felo Perdana di talian 03-8871 3293/3161 atau email ke [email protected]/[email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.