Para belia di bawah umur 30 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan atau mengganggur, anda berpeluang untuk mendapat latihan dan pekerjaan serta gaji melebihi RM1,200 melalui Skim Perantisan Nasional (SPN) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Untuk makluman, SPN adalah skim perantisan yang dilaksanakan di bawah KBS dengan kerjasama kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Sumber Manusia bersama agensi-agensi di bawah ketiga-tiga kementerian tersebut.
Skim yang berkonsepkan “place and train” ini memberi jaminan peluang pekerjaan sebanyak lebih 10,000 peluang yang disediakan kepada belia sebagai perantis di pelbagai syarikat dan organisasi yang terlibat.
Permohonan bagi para belia yang berminat boleh dilakukan secara atas talian sahaja melalui http://perantisan.kbs.gov.my/.
Objektif SPN
Terdapat 3 objektif pelaksanaan SPN KBS ini dilaksanakan adalah untuk:
- Menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman kepada belia.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dana dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skill dan on-job training.
- Membantu mengurangkan kadar pengangguran belia.
Manfaat SPN
Belia yang layak dan berjaya menyertai SPN ini bakal menerima 3 manfaat iaitu:
- Menyertai latihan bagi meningkat kebolehpasaran
- Peluang untuk diserap terus dalam pekerjaan
- Memperoleh gaji sebanyak RM 1,200 ke atas
Syarat Permohonan
Belia yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan iaitu:
- Belia tersebut mestilah warganegara Malaysia.
- Berumur 18 hingga 30 tahun sahaja.
- Belia tersebut mestilah lepasan sekolah/graduan yang mengganggur/tidak mempunyai pekerjaan tetap.
- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.
- Tidak diisytiharkan bankrap.
- Belia tersebut sanggup mengikuti program secara sepenuh masa.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan SPN, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web http://perantisan.kbs.gov.my/.
- Klik butang ‘Permohonan.’
- Isi maklumat diri dengan betul dan klik butang seterusnya.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan tersebut.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:
- Gambar berukuran passport (jpeg, jpg dan png)
- Resume yang terkini (doc dan pdf)
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai SPN, sila berhubung dengan Sekretariat SPN di talian 03-8871 3265 atau menghantar email ke [email protected] atau [email protected].