Advertisements

MyPremis MARA: Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA

Advertisements

Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis.

Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara.

Semua permohonan penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.

Usahawan Bumiputera yang berminat boleh memohon premis niaga melalui pautan https://premis.mara2u.my/.

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  2. Pemohon merupakan usahawan Bumiputera.
  3. Pemohon bebas senarai hitam daripada pihak MARA.
  4. Pemohon adalah tidak bankrap.
  5. Pemohon telah mendaftarkan perniagaan/syarikat melalui SSM.
  6. Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
  7. Had umur usahawan mestilah 16 hingga 60 tahun semasa permohonan dibuat.

Lokasi & Kekosongan

Untuk mengetahui lokasi premis niaga MARA di seluruh negara, sila layari https://premis.mara2u.my/portal/index.php dan klik bendera mengikut negeri masing-masing.

Jumlah kekosongan beserta kadar sewa yang ditawarkan turut dipaparkan dalam portal tersebut.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan premis niaga MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_apply.php.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik maklumat perniagaan SSM.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar permohonan.

Semakan Permohonan

Semakan permohonan yang telah dihantar melalui Portal MyPremis boleh disemak status permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_semak.php.
  2. Masukkan kad pengenalan dan emel permohonan.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

Soalan Lazim

Jika saya ingin menyemak kekosongan premis untuk disewa, di manakah perkara tersebut boleh saya rujuk?

Untuk kekosongan premis, sila layari https://premis.mara2u.my/portal/index.php.

Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?

Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.

Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?

Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan permohonan mereka berjaya.

Info Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai Portal MyPremis, sila layuari laman web https://premis.mara2u.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.