Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar yang ingin melanjutkan ke peringkat profesional atau Pakar menerusi Professional Development Programme (PRO-P).
Untuk makluman, Pro-P adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah ke peringkat Profesional/Pakar di IPT dalam dan luar negara yang ditawarkan kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.
Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai graduan cemerlang untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat profesional mahupun pakar yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Oleh itu, permohonan PRO-P telah dibuka untuk tahun 2021 bermula 16 April hingga 3 Mei.
Peringkat Pengajian & Kursus Ditawarkan
Peringkat pengajian dan kursus yang layak memohon PRO-P adalah seperti berikut:
i) Persediaan/Foundation
- ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)
ii) Diploma Perakaunan/ACCACAT/Lulus Matrikulasi/STPM/SPM
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
iii) Profesional/Pakar
- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Certificate Professional Accounting (CPA CAANZ)/
- Institute Of Chartered Accountant (ICAEW)
- Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
- Anaesthesiology
- Clinical Oncology
- Emergency Medicine
- Family Medicine
- Forensic Medicine
- General Surgery
- Internal Medicine
- Neuro Surgery
- Nuclear Medicine
- Obstetrics & Gynaecology
- Ophthalmology
- Orthopaedic Surgery
- Otorhinolaryngology
- Paediatric
- Paediatric Surgery
- Pathology
- Plastic Surgery
- Psychiatry
- Public Health
- Radiology
- Rehabilitation Medicine
- Oral Surgery
- Orthodontic
- Periodontology
- Paediatric Dentistry
- Restorative Dentistry
- Oral Pathology & Oral Medicine
- Forensic Dentistry
- Lain-lain bidang profesional yang diiktiraf badan profesional dan diluluskan oleh MARA.
Syarat Umum
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat umum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pemohon ialah warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
- Umur pemohon bagi peringkat Persediaan/Foundation/Diploma adalah tidak melebihi 35 tahun.
- Umur pemohon bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam negara tidak melebihi 40 tahun dan luar negara tidak melebihi 35 tahun.
- Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakitmental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS), Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
- Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga tidak termasuk dalam senarai hitam atau dalam tindakan Undang-Undang MARA.
- Pemohon mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain.
Syarat Program
Syarat program yang ditetapkan oleh pihak MARA adalah seperti berikut:
- Pengajian secara sepenuh masa sahaja.
- Pemohon yang sedang atau akan mengikuti pengajian pada tahun 2021.
- Pemohon yang pernah mendapat pinjaman MARA bagi peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah tidak layak memohon.
Syarat Akademik
Selain syarat umum dan program, pemohon juga perlu memenuhi syarat akademik seperti:
i) ACCA Foundation in Accountancy (AFIA)- KUPTM KL
- Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat 5 Kepujian dalam mana-mana subjek termasuk Matematik dan Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
ii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)- KUPTM KL
- Lulus STPM atau setaraf dengan 2 prinsipal (Gred C, CGPA 2.00) dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran; dan
- Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat TIGA (3) kepujian (Gred C dan ke atas dalam mana-mana LIMA (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Inggeris dan Matematik; atau
- Lulus ACCA-CAT atau Lulus Matrikulasi dengan CGPA 2.50 termasuk lulus Matematik dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM; atau
- Lulus dalam Diploma Perakaunan atau Diploma/Ijazah yang berkaitan daripada mana-mana yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
iii) Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- Memiliki Diploma/ Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
- Mendapat pengecualian dengan hanya 4 subjek (Ijazah Sarjana Muda) dan 10 subjek (Diploma) sahaja yang perlu diambil
- Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara dan luar negara yang bertaraf ‘Platinum’.
- Calon yang mempunyai pengalaman 3 tahun bekerja diutamakan.
iv) Certified Public Accountant (CPA)
- Pemohon berumur 25 tahun ke bawah (Seperti yang ditetapkan oleh badan Profesional)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh MICPA atau CAANZ dengan mendapat minimum CGPA seperti berikut :
a) CGPA 3.00 dari 4.00; atau
b) CGPA 4.00 daripada 9.00 (New Zealand); atau
c) CGPA 5.00 daripada 7.00 (Australia)
v) Institute of Chartered Accountants (ICAEW)
- Berumur 25 tahun ke bawah (Seperti yang ditetapkan oleh badan Profesional)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada universiti dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
- Mendapat pengecualian 8 subjek dan hanya 7 subjek sahaja yang perlu diambil.
vi) Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan/Perniagaan/Pentadbiran Kewangan daripada universiti dalam atau luar negara yang diiktiraf oleh badan profesional dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.
- Mendapat pengecualian 11 subjek sekiranya memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan; dan
- Perlu mengambil 3 subjek sahaja.
vii) Pakar Perubatan
- Ijazah Sarjana Muda daripada universiti dalam atau luar negara & pendaftaran yang diiktiraf dengan Majlis Perubatan Malaysia
- Mempunyai pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 2 tahun selepas Ijazah Perubatan asas; atau
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4) tahun dalam bidang berkaitan.
viii) Pakar Pergigian
- Mempunyai Ijazah Pergigian/Ijazah Sarjana Sains daripada universiti dalam atau luar negara atau setaraf yang diperakui.
- Mempunyai Sijil Pendaftaran Pengamalan dari Majlis Pergigian Malaysia atau pengalaman yang diiktiraf.
- Telah menjadi pengamal pergigian sekurang-kurangnya 2 tahun selepas Ijazah Sarjana Muda atau;
- Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya empat (4) tahun dalam bidang berkaitan
Bagi lain-lain syarat, pemohon perlu pemohon perlu memperolehi markah 6.5 International English Language System (IELTS) atau yang setaraf dengannya bagi pengajian luar negara.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin memohon PRO-P boleh membuat permohonan melalui langkah berikut:
- Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v3/#/Login
- Klik butang ‘Pengguna Sekarang.’
- Masukkan maklumat dan klik butang ‘Daftar Akuan.’
- Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
- Buat permohonan dan hantar selepas selesai mengisi segala maklumat.
Pertanyaan Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan lanjut mengenai PRO-P, setiap pertanyaan boleh disalurkan melalui emel [email protected].