Advertisements

Permohonan YTP MARA: Young Talent Development Programme 2021

Advertisements

Bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, anda kini boleh memohon penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development Programme (YTP) 2021.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima pemohon boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian dan ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen.

Oleh itu, YTP ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 untuk mereka melanjutkan pangajian mereka bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.

Permohonan YTP telah dibuka secara atas talian mulai 19 April 2021 (Isnin) sehingga 06 Mei 2021 (Khamis).

Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon pembiayaan YTP ini perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:

  1. Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  4. Pemohon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan.

Syarat Khusus

Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.
  2. Pemohon memenuhi syarat kelayakan program seperti yang diiklankan.

Syarat Kelayakan Akademik

Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan secara umumnya adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM 2020; atau
  2. 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan SPM).

Untuk syarat kelayakan secara khusus, sila rujuk pautan ini https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/SYARAT-KELAYAKAN-PROGRAM-YTP-2021-pdf.-version.fnl_.pdf.

Cara Memohon

Untuk memohon program YTP, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://myeduloan.mara.gov.my/v2/.
  2. Klik butang ‘Pengguna Baharu.’
  3. Masukkan maklumat dan klik butang ‘Teruskan.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Selepas berjaya log masuk, sila buat permohonan dan mengisi maklumat berikut dengan lengkap:
    – Maklumat peribadi dan keluarga
    – Cadangan Pengajian
    – Ujian Psikometrik
    – Perakuan keterangan

Soalan Lazim

Selain daripada syarat umum permohonan dan kelayakan akademik, apakah kriteria lain pemilihan penawaran bagi Program YTP?

Kriteria pemilihan penawaran ke Program YTP merangkumi penilaian ujian Psikometrik dan penglibatan kokurikulum.

Jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan tetapi saya ingin mencuba untuk memohon, adakah dibenarkan?

Pemohon tidak dihalang daripada membuat permohonan namun dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbang untuk ditawarkan Program YTP.

Keputusan peperiksaan SPM saya tidak melepasi syarat kelayakan akademik untuk penawaran Program YTP. Bolehkah keputusan peperiksaan percubaan SPM saya digunapakai untuk penawaran?

Tidak boleh. Penawaran ke Program YTP hanya tertakhluk kepada keputusan sebenar SPM.

Saya mendapat 8A dalam peperiksaan SPM 2019. Bolehkah saya memohon?

Tidak boleh. Permohonan hanya dibuka kepada pelajar-pelajar yang telah menduduki SPM 2020 buat kali pertama sahaja.

Bolehkah saya mengguna pakai keputusan peperiksaan IGCSE atau peperiksaan lain yang setaraf untuk memohon Program YTP?

Tidak boleh. Hanya keputusan peperiksaan SPM sahaja yang akan digunapakai sebagai syarat kelayakan akademik bagi Program YTP.

Bolehkah permohonan rayuan dibuat sekiranya permohonan tidak berjaya?

Tidak boleh. Permohonan rayuan adalah tidak dibenarkan. Keputusan penawaran adalah muktamad.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai YTP, pertanyaan boleh disalurkan melalui emel [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.