Pelajar dalam dan luar negara yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda kini boleh memohon biasiswa di bawah Yayasan Maybank menerusi Program Biasiswa Kumpulan Maybank untuk tahun 2021.
Untuk makluman, pelaksanaan Program Biasiswa Maybank Group ini adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah oleh Yayasan Maybank dilaksanakan sejak 1972.
Pelaksanaan program biasiswa ini merupakan salah 1 daripada 6 aspek yang menjadi perhatian Yayasan Maybank untuk pelaksanaan CSR iaitu:
- Pendidikan
- Pemberdayaan Komuniti
- Seni dan Budaya
- Kepelbagaian Persekitaran
- Gaya Hidup Sihat
- Bantuan Bencana
Sehingga kini, seramai lebih 2,000 pelajar daripada universiti ternama di seluruh dunia telah menerima manfaat program biasiswa ini.
Oleh itu, permohonan Program Biasiswa Kumpulan Maybank telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 25 April 2021.
Objektif Program Biasiswa
Objektif utama pelaksanaan Program Biasiswa Kumpulan Maybank ini adalah untuk:
- Memberikan bantuan kewangan kepada pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi.
- Melahirkan graduan baru daripada universiti ternama.
- Mengukuhkan reputasi Maybank sebagai majikan bakat utama dalam kalangan graduan baru.
Butiran Pembiayaan
Pembiayaan Program Biasiswa Kumpulan Maybank ini merangkumi perkara-perkara berikut:
- Yuran pengajian dan pendaftaran.
- Wang sara hidup.
- Pembiayaan lain berkaitan seperti buku, tablet, dan penginapan.
Bidang Pengajian
Bidang pengajian yang layak untuk menerima program biasiswa ini adalah seperti:
- Perakaunan
- Kewangan
- Pengurusan
- Pemasaran
- Teknologi maklumat
- Ekonomi
- Perbankan
- Aktuari
- Matematik
- Sumber Manusia
- Psikologi
- Perniagaan
- Undang-undang
- Statistik
- Pelaburan
- Pengurusan Risiko
- Kursus berkaitan masa depan seperti programming, pengekodan, reka bentuk kreatif, sains data, aplikasi mudah alih, reka bentuk web dan lain-lain
Program Pembangunan & Internship
Program pembangunan yang disediakan oleh penerima program biasiswa ini adalah seperti:
- Bengkel dan program Mbassador
- Boot camps dan aktiviti team building.
- Pembelajaran berasaskan komuniti.
- Scholar engagement bersama exco atau senior manager.
Penerima program biasiswa ini juga akan memasuki program intership bagi mempersiapkan graduan dan bersedia untuk memasuki bidang pekerjaan.
Penempatan Pekerjaan
Graduan yang menerima program biasiswa ini akan berpeluang ditawarkan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang berminat untuk memohon Program Biasiswa Kumpulan Maybank adalah seperti berikut:
i) Pengajian Dalam Negara (Universiti Awam)
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM80,000 setahun.
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan.
- Umur pemohon tidak melebihi 21 tahun.
- Memperoleh CGPA minimum 3.0 dan ke atas.
- Semua hutang PTPTN telah diselesaikan.
ii) Pengajian Luar Negara
- Pendapatan kasar isi rumah pemohon tidak melebihi RM150,000 setahun.
- Pemohon sedang mengikuti program Asasi dan telah diterima untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terpilih di United Kingdom, Amereka Syarikat, dan Australia.
- Umur pemohon tidak melebihi 21 tahun.
- Mendapat keputusan di Pra-Universiti dan Asasi iaitu:
– CGPA minimum 3.0 untuk biasiswa permohonan pengajian di Amerika Syarikat.
– Minimum A Level AAB untuk biasiswa permohonan pengajian di United Kingdom.
– Minimum SAM 90% untuk permohonan pengajian di Australia.
Cara Memohon
Untuk memohon, sila ikuti langkah-langkah yang berikut iaitu:
- Layari pautan https://www.maybankfoundation.com/index.php/our-impact/maybank-group-scholarship-programme.
- Klik butang ‘Apply Here.’
- Isikan maklumat dan klik bahagian ‘Register.’
- Log masuk dengan memasukkan alamat email dan kata laluan yang didaftarkan.
- Isi maklumat dan lengkapkan permohonan.
- Hantar permohonan tersebut setelah selesai.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Kumpulan Maybank ini, sila layari laman web https://www.maybankfoundation.com/.