Advertisements

Aplikasi eDesa: Platform Pemasaran Produk Usahawan Luar Bandar

Usahawan luar bandar kini mempunyai platform terbaharu untuk memasarkan produk mereka iaitu menerui Aplikasi eDesa.

Platform ini dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 21 Februari 2022 yang lalu di Hotel Premiera.

Untuk makluman, Aplikasi eDesa adalah platform yang menawarkan pemasaran produk yang memfokuskan pelbagai jualan yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar.

Aplikasi ini dibangunkan oleh pasangan suami isteri yang juga usahawan iaitu Saiful Zaharin Zakariya dan Fadhilah Azmi dari Kuala Nerang, Kedah.

Sasaran Usahawan

Sehingga kini, seramai 500 usahawan luar bandar yang telah berdaftar dan dijangka pada Ramadan nanti ia meningkat kepada 1,000 orang.

Pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mensasarkan menjelang hujung tahun 2022, seramai 20,000 usahawan luar bandar dapat berdaftar dengan platform ini.

Produk Ditawarkan

Pelbagai produk yang ditawarkan kepada pelanggan menerusi platform ini seperti:

  1. Makanan
  2. Minuman
  3. Kraf dan Seni
  4. Pakaian
  5. Aksesori
  6. Kosmetik
  7. Kesihatan dan Kecantikan
  8. Perabot
  9. Ternakan
  10. Lain-lain

Peningkatan Kualiti

Selain itu juga, beberapa agensi di bawah KPLB yang turut membantu memberi pinjaman, geran dan khidmat nasihat bagi meningkatkan produk dan kualiti peniaga-peniaga luar bandar.

Agensi yang terlibat adalah seperti:

  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  2. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
  3. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
  4. Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  5. Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  6. Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
  7. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Cara Mendaftar

Untuk usahawan luar bandar yang berminat untuk mendaftar di aplikasi ini, sila ikuti langkah berikut:

  1. Klik pautan pendaftaran berikut https://edesa.my/user/register.
  2. Masukkan maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  4. Buat pendaftaran seterusnya dengan mengisi nama produk serta gambar yang berkaitan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Aplikasi eDesa, sila layari laman web https://edesa.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.