Advertisements

Permohonan SPKLB Re-Start: Geran Sokongan Usahawan Luar Bandar

Para usahawan luar bandar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 atau hasil jualan rendah boleh memohon Geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Re-Start di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Matlamat umum KPLB memperkenalkan Geran SPKLB Re-Start ini adalah untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat luar bandar melalui program keusahawanan.

Objektif pelaksanaan geran ini adalah seperti:

  • Menyediakan geran penuh kepada usahawan bagi menampung kos operasi dan keperluan modal pusingan bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
  • Menyediakan latihan, kursus dan coaching bersesuaian sebagai platform kepada usahawan untuk mengembangkan perniagaan.
  • Menggalakkan usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang bernilai tinggi bagi meluaskan pasaran.

Ushawan yang berminat untuk memohon geran ini boleh berbuat demikian sehingga akhir Disember tahun ini.

Nilai Geran

Bagi usahawan yang layak, mereka bakal menerima geran ini berjumlah maksima RM5,000.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang diberikan menerusi geran ini adalah seperti berikut:

  • Pembelian atau baik pulih Aset/Mesin/Peralatan.
  • Pengubahsuaian premis Perniagaan.
  • Modal pusingan/modal kerja.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan menerusi geran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 21 tahun dan ke atas.
  3. Permohonan terdiri daripada milikan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.
  4. Pemohon tidak disenaraihitam oleh mana-mana institusi kewangan/KPLB.
  5. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun dan menjalankan perniagaan sepenuh masa.
  6. Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat berdaftar di luar bandar.
  7. Merupakan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
  8. Mempunyai lesen berniaga iaitu kebenaran menjalankan perniagaan daripada Pihak Berkuatkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan di Luar Kawasan Seliaan oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  9. Memiliki premis perniagaan yang bersesuaian.
  10. Jumlah pendapatan tahunan kurang RM200,000.00.
  11. Pemohon yang telah mendapat bantuan geran atau bantuan daripada Kementerian seperti geran Program Rural Business Challenge (RBC) tidak layak lagi memohon geran SPKLB. Bagi pemohon yang telah mendapat bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), pemohon layak untuk memohon geran SPKLB selepas setahun mendapat bantuan tersebut.

Cara Memohon

Bagi usahawan yang berminat, mereka boleh mendapatkan borang permohonan melalui pejabat  MARA, FELCRA, RISDA, JAKOA atau Pejabat KPLB Negeri masing-masing.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke pejabat terbabit untuk proses saringan permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Geran SPKLB Re-Start ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan Desa KPLB di talian 03-8891 5602 atau melayari laman web https://www.rurallink.gov.my/program-sokongan-pengukuhan-keusahawanan-luar-bandar-spklb/ untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.