Advertisements

Ketahui Cara Bayar Saman Trafik PDRM Melalui ATM Maybank

Advertisements

Bagi anda yang masih belum membayar saman trafik Porlis Di Raja Malaysia (PDRM) disebabkan kesesakan di kaunter Ibu Pejabat PDRM seluruh negara dan perkhidmatan atas talian melalui MyBayar Saman tetapi mempunyai akaun bank Myabank, anda mempunyai satu lagi cara untuk membayar saman iaitu menerusi ATM Maybank.

Perkhidmatan ATM Maybank juga menawarkan pembayaran saman dan orang ramai juga turut berpeluang mendapat diskaun sebanyak 80% seperti yang ditawarkan oleh PDRM sehingga 31 Disember 2021.

Ini selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan PDRM bersetuju melanjutkan diskaun pembayaran saman trafik PDRM sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Oleh itu, orang ramai kini mempunyai tiga cara untuk membayar saman iaitu melalui:

  • Pembayaran di kaunter trafik PDRM di seluruh negara.
  • Aplikasi atau laman web atas talian MyBayar Saman.
  • Pejabat Pos
  • ATM Maybank (bagi mereka yang mempunyai akaun bank maybank).

Diskaun Bayaran Saman

PDRM menawarkan diskaun bayaran saman sebanyak 80% kepada pengguna jalan raya sehingga 31 Disember 2021.

Namun, diskaun saman ini tidak tertakluk kepada jenis kesalahan trafik yang berikut:

  • Kesalahan kemalangan
  • Memotong secara merbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tidak mematuhi isyarat lampu merah
  • Memotong di garisan berkembar
  • Kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC)
  • Kesalahan yang berstatus perbicaraan
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  • Kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan

Cara Membuat Pembayaran Saman

Untuk membuat pembayaran saman menerusi mesin ATM Maybank, sila ikuti langkah-langkah berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Masukkan kad Maybank dan pilih bahagian ‘Paybills.’

2. Pilih bahagian ‘Pembayaran Saman PDRM.’

3. Masukkan no kad pengenalan anda.

4. Pilih saman yang hendak dibayar dan pilih bahagian ‘Ya.’

5. Pembayaran saman berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai saman trafik PDRM, sila layari laman web PDRM iaitu https://www.rmp.gov.my/.

Kredit gambar: Facebook Ahmad Nazri

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.