Advertisements

Permohonan Program Transformasi Belia Ternak Negeri Johor 2021

Advertisements

Peluang untuk para belia di Negeri Johor yang berminat dengan bidang penternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor telah membuka permohonan Program Transformasi Belia Ternak 2021 khusus kepada para belia di negeri tersebut.

Program Transformasi Belia Ternak ialah program yang menawarkan bantuan kepada penternak belia sama ada bantuan dari sudut geran, penjenamaan produk, penggunaan teknologi, kawalan biodiversiti, keselamatan makanan, dan infra.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan lebih ramai penternak berjaya dalam kalangan belia yang menjadikan bidang ini sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Para belia di Negeri Johor yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 27 Disember 2021.

Jenis Bantuan

Pemohon yang memohon program ini boleh membuat permohonan bantuan yang diperlukan seperti:

i) Pemberian Geran Secara Bersasar

  • Pasung Mudah Alih
  • Pam AiR
  • Tangki Air
  • Pagar Letrik untuk Lembu @ Tiang Batu / Tiang Besi
  • Niple minuman
  • Travis

ii) Penjenamaan Produk

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Promosi Produk
  • Bahan Pembungkusan
  • Penjenamaan Produk

iii) Penggunaan Teknologi

Perolehan Peralatan Ladang

  • Mesin Perincih 14.0 HP (Chopper)
  • Mesin Pemerah Susu Lembu/Kambing (Portable)
    2 set Bucket 50 Liter @ 1 Set Bucket 25 Liter
  • Alat Pengekang (Head Crusher)
  • Mesin Pembancuh Makanan (TMR Mixer)
  • Alat Penimbang Mudah Alih/Base Platform

Perolehan Peralatan Premis

  • Mesin Pengisar
  • Mesin Marinate

iv) Kawalan Biosekuriti Ladang dan Premis

  • Pagar Kawasan (Cyclone)
  • Bahan Binaan Vehicle Dip

v) Pakej Bantuan Keselamatan Makanan

  • Peti Sejuk Beku
  • Mesin Retort
  • Mesin Seal
  • Mesin Vaccum Pack
  • Analisis Makanan
  • Meja Stainless Steel

vi) Pembangunan Infra

  • Pakej Bantuan Bahan Binaan Kandang:
    -Lembu
    -Kambing
    -Aneka Haiwan
    -Unggas

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Individu berumur diantara 18 hingga 40 tahun.
  3. Boleh membaca, mengira dan menulis
  4. Mempunyai pendaftaran ID Premis
  5. Mengikuti program latihan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi lain yang diiktiraf.
  6. Keutamaan kepada belia yang telah menjalankan projek atau projek yang telah di usahakan oleh keluarga (ibu/bapa)
  7. Permohonan daripada lepasan pelajar IPTA / IPTS perlu mengemukakan salinan pencapaian Akademik.
  8. Permohonan daripada kakitangan awam perlu mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Ketua Jabatan. Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak dibenarkan memohon.
  9. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima.
  10. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi dan berdaya maju untuk di perluas kapasiti.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

Pemohon juga diingatkan untuk membawa bersama dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disertakan bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Bil Air atau Elektrik terkini.
  3. Salinan Penyata Gaji (jika ada) (pengesahan pendapatan diperoleh dari Penghulu atau Ketua Kampung).
  4. Salinan Sijil Pendaftaran SSM (jika ada).
  5. Salinan kebenaran bagi status penggunaan tanah atau premis.
  6. Salinan sijil menghadiri kursus ternakan/penghasilan produk.
  7. Gambar projek ternakan/perusahaan perniagaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor di talian 07-244 5844 atau melayari laman web https://dvs.johor.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.