Advertisements

MyRail5 KTMB: Pas Perjalanan Bulanan RM5 Tanpa Had OKU & Pelajar Sekolah

Salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan dalam Belanjawan 2022 adalah pelaksanaan Inisiatif MyRail5 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had selama 30 hari dengan harga RM5 kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar sekolah.

Inisiatif MyRail5 ini diteruskan selepas pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melaksanakan pas ini bermula pada Januari 2021 yang lalu.

Untuk makluman, inisiatif ini ditawarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6 yang menggunakan perkhidmatan KTMB yang menaiki tren KTM Komuter Lembah Klang, Utara, dan Shuttle Timuran.

Tujuam utama pas MyRail5 diperkenalkan untuk meringankan beban kos pengangkutan bagi golongan OKU dan pelajar sekolah yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang, Utara, dan Shuttle Timuran selain mengalakkan mereka menggunakan pengangkutan awam.

Oleh itu, OKU dan pelajar sekolah yang berminat boleh mula mendaftar bagi mendapatkan pas bulanan ini secara atas talian.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi individu yang ingin memohon pas MyRail5 adalah seperti berikut:

  1. Individu tersebut merupakan warganegara Malaysia.
  2. Individu tersebut ialah golongan OKU; atau
  3. Pelajar sekolah tahun 1 hingga tingkatan 6.

Pembaharuan Pas

Bagi individu OKU dan pelajar sekolah yang sebelum ini telah mendapatkan pas MyRail5, mereka boleh membuat pembaharuan pas di stesen berikut:

i) Lembah Klang

  • Sentul
  • Batu Caves
  • Subang Jaya
  • Shah Alam
  • Klang
  • Bandar Tasek Selatan
  • Kajang
  • Seremban
  • KL Sentral
  • Kepong
  • Sungai Buloh
  • Rawang
  • Tanjung Malim

ii) Shuttle Timuran & Utara

  • Di mana-mana kaunter tiket KTM Komuter Utara/Shuttle Timuran

Cara Mandaftar

Untuk mendaftar bagi mendapatkan pas MyRail5 ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web di pautan bit.ly/2KJXu2c.
  2. Klik bahagian ‘Sign Up Now.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Pergi ke menu ‘Rail Pass’ dan klik bahagian ‘Special Registeration.’
  6. Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Klik butang ‘Submit’ untuk melengkapkan pendaftaran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa mendaftar adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan Kad Kebajikan Masyarakat (Kad OKU); atau
  3. Borang Pengesahan Pelajar.

Soalan Lazim

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan dan memperbaharui pas MyRail5?

Bayaran yang akan dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM5.

Saya merupakan pengguna kad Konsesi Komuter Link sedia ada di sektor Lembah Klang dan saya masih mempunyai baki dalam kad Konsesi Komuter Link berkenaan. Bolehkah saya membuat bayaran RM5 menggunakan baki dalam kad Konsesi Komuter Link tersebut?

Boleh, jika baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada melebihi RM5 melalui penolakan daripada baki kad. Jika baki kad Konsesi Komuter Link sedia ada kurang daripada RM5, pengguna perlu membuat bayaran RM5 di kaunter tiket

Apakah tempoh sah pas MyRail5?

Tempoh sah pas MyRail5 adalah 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh
pembelian/pembaharuan pas MyRail5

Bolehkah saya melanggan pas MyRail5 menggunakan kad Touch n’ Go?

Tidak boleh.

Bolehkah saya menggunakan pas MyRail5 di rangkaian RapidKL rel dan bas MRT atau ERL?

Tidak boleh. Pas MyRail5 hanya sah untuk perjalanan tanpa had di rangkaian KTM Komuter mengikut sektor di Lembah Klang atau sektor Utara dan juga Shuttle Timuran.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MyRail5, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.