Advertisements

Permohonan Tapak Bazar Ramadhan & Aidilfitri DBKL 2022

Advertisements

Para peniaga yang berhasrat untuk membuka tapak perniagaan di Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri pada tahun 2022, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuka permohonan tapak Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri bagi tahun hadapan.

Untuk makluman, Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri terbahagi kepada 2 seliaan iaitu di bawah seliaan DBKL dan dibawah seliaan penganjur/persatuan.

Oleh itu, para peniaga yang berminat untuk membuka tapak perniagaan di kedua-dua lokasi ini boleh membuat permohonan mulai 1 Disember sehingga 31 Disember 2021.

Lokasi Tapak

Untuk makluman, permohonan bagi tapak Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri yang telah dibuka ini melibatkan dua lokasi di bawah seliaan DBKL iaitu:

  • Bazar Ramadhan: Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
  • Bazar Aidilfitri: Lorong Tuanku Abdul Rahman

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh pihak DBKL adalah seperti berikut:

i) Bazar Ramadhan Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pemohon mestilah beragama Islam sahaja.
  3. Permohonan adalah terbuka kepada semua warga kota.
  4. Pemohon hanya boleh memohon satu petak sahaja untuk Bazar Ramadan/Aidilfitri 2022.
  5. Jenis perniagaan yang dibenarkan: Juadah (makanan dan minuman).

ii) Bazar Aidilfitri: Lorong Tuanku Abdul Rahman

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
  2. Pemohon mestilah beragama Islam sahaja.
  3. Pemohon mempunyai lesen penjaja yang dikeluarkan oleh DBKL dan masih sah tempoh (lesen tidak aktif, telah dibatalkan atau disenarai hitam adalah tidak layak).
  4. Pemohon hanya boleh memohon 1 petak sahaja untuk Bazar Ramadan/Aidilfitri 2022.
  5. Jenis perniagaan yang dibenarkan: pakaian, aksesori diri, aksesori hiasan rumah, dan makanan kering (berbungkus).

Cara Memohon Tapak

Untuk memohon tapak perniagaan di Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri di kedua-dua kawasan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://elesen.dbkl.gov.my/ebazar/.
  2. Klik butang ‘Daftar Baru.’
  3. Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Lengkapkan pengesahan untuk pendaftaran baru dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Pilih tapak yang perniagaan yang ingin dipohon.
  7. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Setuju.’
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  9. Muat naik salinan kad pengenalan berwarna (imej hadapan dan belakang).
  10. Cetak dokumen permohonan dan klik butang ‘Tamat’ untuk menamatkan permohonan.

Cara Memohon Tapak Di Bawah Seliaan Penganjur/Persatuan

Selain tapak Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri di bawah seliaan DBKL, orang ramai juga boleh memohon tapak perniagaan di bawah seliaan penganjur atau persatuan yang ditetapkan.

Cara membuat permohonan tapak Bazar Ramadhan dan Bazar Aidilfitri di bawah penganjur atau persatuan adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://elesen.dbkl.gov.my/elesennew/Forms/Borang%20permohonan%20penganjur%20bazar.pdf.
  2. Isi borang tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Borang permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan perlu dihantar melalui penganjur dan dihantar/dimasukkan ke kotak serahan (drop box) Bazar Ramadan/Aidilfitri, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) di Lobi Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut.
  4. Terdapat 4 persatuan yang telah dilantik oleh DBKL iaitu:

    – Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan (PPKMWP)
    Yang Di Pertua: Y.Bhg Datuk Muhammad bin Abdullah
    No Telefon: 011-12386635/019-7993434
    Emel: [email protected]

    – Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur (PPMKL)
    Presiden: Tuan Hj. Gulam Muszaffar bin Gulam Mustakim
    No. Telefon: 019-2510880
    Emel: [email protected]

    – Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPBWPKL)
    Presiden: Y.Bhg Datuk Seri Rosli bin Sulaiman
    No. Telefon: 03-26040040/019-2344477
    Emel: [email protected]

    – Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan (PPBWP)
    Yang Di Pertua: Encik Mithlan Bin Samijoo
    No. Telefon: 03-26932805/012-9146848/012-6651028
    Emel: [email protected]

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut berkaitan permohonan boleh hubungi Jabatan Pelesenan Dan Pembangunan Perniagaan di talian 03-2028 2536/2537/2538/2541.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Advertisements
Advertisements