MyBayar Saman ialah portal dan aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman secara online.
Pelaksanaan MyBayar Saman ini adalah selaras dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai.
Oleh itu, rakyat Malaysia dan penduduk tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang ingin membuat semakan dan pembayaran saman boleh menggunakan portal atau aplikasi ini.
Pembayaran Melalui Portal
Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
- Butiran saman dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
- Semak saman yang ingin dibayar.
- Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
- Pembayaran selesai.
Pembayaran Melalui Aplikasi
Bagi pembayaran saman melalui aplikasi, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Muat turun aplikasi MyBayar Saman di Google Play dan App Store.
- Klik butang ‘Daftar.’
- Isi maklumat peribadi dengan betul.
- Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
- Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
- Butiran dipaparkan.
- Klik butang ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
- Pilih saman yang hendak dibayar.
- Pilih mod bayaran.
- Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
- Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, sila hubungi Cawangan Pengurusan Saman PDRM di talian 03-2266 3346/47.