Advertisements

Program Pemasaran Produk IKS Sabah Secara “Fast Track”

Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah dipelawa untuk menyertai Program Pemasaran Produk IKS Sabah Secara “Fast Track” bagi yang dianjurkan oleh Department of Industrial Development and Research (DIDR) Negeri Sabah.

DIDR merupakan jabatan yang ditubuhkan pada tahun 1977 melalui Arahan Kabinet Negeri dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian (KPP) Negeri Sabah.

Jabatan ini bertanggungjawab untuk mempromosi menyelaras pembangunan perindustrian di Negeri Sabah.

Untuk makluman, program pemasaran ini akan dijalankan di BATARAS Fasa 9.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 9 Januari 2023.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon menyertai program ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sabah.
  2. Mempunyai lesen perniagaan.
  3. Mempunyai akaun bank syarikat yang sama dengan nama syarikat dalam lesen perniagaan.
  4. Produk mempunyai nombor barcode.
  5. Produk mempunyai fakta nutrisi.
  6. Produk mematuhi Garis Panduan Pelabelan Am Makanan mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  7. Mempunyai keupayaan untuk membekalkan produk ke pasaraya secara konsisten.
  8. Keutamaan kepada produk yang mempunyai shelf life setahun dan ke atas.
  9. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima.
  10. Pihak DIDR dan BATARAS berhak menerima atau menolak sebarang permohonan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan permohonan berikut: https://forms.gle/sxGTQcAMrCDT2TVHA.
  2. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Program Pemasaran Produk IKS Sabah Secara “Fast Track” ini, sila hantar email ke urusetia Bahagian Promosi dan Penggalakan Eksport DIDR iaitu:

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.