Advertisements

Permohonan Insentif Tabung Bencana Pertanian Kelantan

Usahawan pertanian di Negeri Kelantan yang terkesan akibat bencana banjir boleh membuat permohonan menerusi Insentif Tabung Bencana.

Insentif Tabung Bencana diwujudkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan bagi membantu usahawan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda dan menjejaskan hasil pertanian mereka.

Oleh itu, usahawan pertanian yang terjejas adalah dialu-alukan untuk memohon insentif ini bagi meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka akibat bencana terbabit.

Tanaman Layak Memohon

Permohonan insentif ini hanya layak kepada tanaman padi dan agromakanan sahaja.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi permohonan berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://cdn.me-qr.com/pdf/11615026.pdf.
  2. Isi borang tersebut dan dapatkan pengesahan daripada Ketua Kampung/Penghulu.
  3. Buat laporan polis.
  4. Ambil gambar kerosakan dengan jelas beserta kerosakan tanaman dan maklumat meliputi:
    – Lokasi
    – Daerah
    – Negeri
    – Tarikh
  5. Sediakan salinan kad pengenalan dan salinan geran tanah/surat perjanjian sewa tanah.
  6. Semua dokumen diatas perlu dihantar ke Pejabat Pertanian berhampiran.

Borang permohonan perlu dihantar dalam tempoh 15 hari selepas bencana.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Insentif Tabung Bencana ini, sila hubungi Pejabat Pertanian Jajahan berikut:

  • Bachok: 09-778 8267
  • Gua Musang: 09-912 1230
  • Jeli: 09-944 0337
  • Kota Bahru: 09-746 2932
  • Kuala Krai: 09-966 6192
  • Machang: 09-975 1381
  • Pasir Mas: 09-790 9137
  • Pasir Puteh: 09-786 6097
  • Tanah Merah: 09-955 6337
  • Tumpat: 09-725 7343
  • Lojing: 09-922 1963

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.