Advertisements

Bantuan RM1,000 KIR Mangsa Banjir Kelantan & Terengganu

Ketua Isi Rumah (KIR) yang mengalami bencana banjir di Kelantan dan Terengganu akan memperoleh bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tersebut bagi bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terlibat di Kelantan dan Terengganu.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika lawatan beliau di Pasir Mas, Kelantan pada hari ini bagi melawat mangsa banjir di negeri tersebut.

Keluarga Kematian Ahli Keluarga

Untuk keluarga yang kematian ahli keluarga pula, kerajaan persekutuan bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada mereka yang terlibat.

Sebelum ini, tiga beradik perempuan di Tumpat maut apabila terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda bencana tersebut.

Bantuan Kepada Negeri

Perdana Menteri juga turut mengumumkan bantuan kepada Negeri Kelantan dan Terengganu yang terjejas akibat banjir.

Bantuan sebanyak RM50 juta bagi Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu akan disalurkan untuk membantu mangsa yang terlibat memandangkan kebanyakan mangsa yang terkesan adalah golongan miskin.

Cara Mendapatkan Bantuan Banjir

Untuk mendapatkan bantuan yang diumumkan sebanyak RM1,000 bagi KIR yang terlibat banjir dan RM10,000 bagi keluarga yang kematian ahli keluarga, mereka perlu mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di mana mereka ditempatkan.

Pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kemudiannya akan menguruskan bantuan tersebut untuk disalurkan kepada mereka yang terlibat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1042532/rm100-juta-peruntukan-segera-kepada-kelantan-terengganu.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.