Advertisements

Panduan Keselamatan Elektrik TNB Ketika & Selepas Banjir

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang terdedah dalam kawasan banjir untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti panduan keselamatan elektrik ketika sebelum dan selepas banjir.

Ini penting bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin dan tidak berlakunya sebarang kemalangan melibatkan tenaga elektrik terutamanya ketika musim banjir berlaku.

Oleh itu, orang ramai diminta peka dan mengikuti panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak TNB bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini tidak berlaku ketika musim banjir.

Monsun Timur Laut

Pihak Jabatan Meteorologi Malatsia (Met Malaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal berlaku pada penghujung tahun 2022.

MTL ini telah bermula pada 7 November 2022 dan dijangka akan berterusan sehingga Mac 2023.

Dalam tempoh tersebut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam yang boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.

Hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan
berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Penduan Keselamatan Penggunaan Elektrik Ketika Banjir

Berikut merupakan panduan keselamatan penggunaan elektrik semasa banjir:

  • Elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan elektrik dan pastikan suis utama telah dimatikan untuk mengelakkan terkena renjatan elektrik.
  • Jika paras air meningkat, hubungi TNB CareLine di talian 15454 untuk memohon bagi memutuskan bekalan elektrik dengan segera.
  • Jangan sentuh sebarang peralatan elektrik atau kabel elektrik yang ditenggelami air banjir walaupun ia disalut dengan penebat.
  • Jauhi sebarang tiang keluli atau pepasangan TNB yang ditenggelami air untuk mengelakkan risiko terkena renjatan elektrik.
  • Pastikan semua suiz soket dimatikan dan tanggalkan semua palam kuasa peralatan elektrik.
  • Sekiranya premis anda dipasang dengan PV solar, matikan sistem untuk mengelakkan bekalan elektrik daripada diserap semula ke dalam sistem pendawaian rumah anda.
  • Matikan suis utama sebelum pemindahan.

Penduan Keselamatan Penggunaan Elektrik Selepas Banjir

Berikut merupakan panduan keselamatan penggunaan elektrik selepas banjir:

  • Matikan suis utama sebelum membersihkan sebarang peralatan elektrik atau pendawaian.
  • Pastikan semua suis dan peralatan elektrik yang ditenggelami banjir diperiksa dan diuji oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga sebelum menggunakannya semula.
  • Jauhi dahan pokok yang berdekatan dengan mana-mana pendawaian elektrik kerana ia mungkin masih mempunyai arus elektrik yang mengalir. Hubungi TNB untuk tindakan segera.
  • Jangan gunakan sebarang tangga keluli/aluminium atau tiang berdekatan dengan pendawaian elektrik.
  • Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak-anak dan tidak membenarkan mereka mendekati mana-mana tiang elektrik yang tumbang atau wayar yang terputus.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai panduan keselamatan elektrik oleh TNB ketika dan selepas banjir, sila layari laman web https://www.tnb.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.