Geran Rumah Perlindungan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan untuk menjalin kerjasama dan membantu serta menambahbaik rumah perlindungan bagi memberi perlindungan kepada golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender.
Geran ini dilaksanakan di bawah kendalian Wanita Berdaya Selangor (WBS) khusus kepada pertubuhan yang menguruskan rumah perlindungan golongan wanita dan kanak-kanak.
Objektif program ini diwujudkan adalah:
- Sebagai sebuah inisiatif dari Kerajaan Negeri dalam menyantuni pemandiri melalui pemberian peruntukan kepada rumah-rumah perlindungan sedia ada untuk menambahbaik fasiliti atau perkhidmatan yang berkaitan.
- Memberi perlindungan sementara yang berkualiti kepada pemandiri keganasan rumah tangga daripada pendera.
- Membina rangkaian kerjasama dengan pemanggil Talian SELamat untuk meneroka pilihan yang lebih luas kepada pemandiri.
Permohonan geran ini dibuka bermula pada 15 Disember sehingga 31 Disember 2022 dan jumlah permohonan yang diluluskan adalah tertakluk kepada penilaian oleh Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan yang dilantik.
Tujuan Penggunaan Geran
Tujuan penggunaan geran ini adalah seperti:
- Fasiliti: Untuk menambahbaik kemudahan di dalam rumah perlindungan berkenaan seperti pembaikan premis atau pembelian aset bagi tujuan kemudahan penghuni rumah perlindungan; atau/dan
- Latihan: Untuk memberikan latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga atau kepada pemandiri bagi tujuan kelangsungan hidup setelah keluar dari rumah perlindungan; atau/dan
- Pemandiri: Untuk tujuan membina kapasiti dan kemahiran kepada pemandiri agar mereka berupaya memberdaya diri setelah keluar dari rumah perlindungan.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pendaftar Pertubuhan (ROS)/Akta Parlimen/Ordinan/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)/agensi Kerajaan yang diiktiraf.
- Lokasi rumah perlindungan adalah di Selangor.
- Rumah perlindungan menyediakan penempatan buat mangsa atau pemandiri keganasan rumah tangga dan keluarga (jika perlu).
- Rumah perlindungan tersebut tidak semestinya hanya menyediakan perlindungan kepada mangsa keganasan rumah tangga sahaja.
- Rumah perlindungan tidak berasaskan keuntungan.
- Telah beroperasi minimum selama 1 tahun.
- Tertakluk kepada keputusan Ahli Jawatankuasa Penilai Geran Rumah Perlindungan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://drive.google.com/file/d/1hsqd4vVmlf5SE22Uwr0fvpsD0DJobbxO/view.
- Isi borang permohonan dengan lengkap.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar semua dokumen ke alamat berikut:
Wanita Berdaya Selangor Sdn. Bhd.
IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam
Ground Floor, Jalan Pahat L 15/L,
Section 15, 40200 Shah Alam,
Selangor.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
- Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
- Salinan Perlembagaan Pertubuhan yang telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan.
- Penyata Kewangan Beraudit oleh Akauntan Berdaftar/Juruaudit Bertauliah bagi tahun terkini auditan dibuat.
- Salinan penyata bank/no akaun dan alamat bank pertubuhan.
- Laporan Kewangan yang terperinci termasuk debit dan kredit bagi perbelanjaan Bantuan Kewangan kerajaan yang diterima pada tahun lepas (jika berkaitan).
- Anggaran perbelanjaan bagi tahun semasa.
- Bukti pemulangan baki/lebihan geran (jika berkaitan).
- Laporan program dan aktiviti dalam bentuk tulisan dan bergambar bagi tahun sebelumnya
- Senarai Maklumat Tenaga Kerja
- Senarai maklumat Ahli Jawatankuasa Pertubuhan
- Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Akta Pusat Jagaan 1993 (jika berkaitan).
- Salinan dokumen pengesahan premis milik pertubuhan yang sah atau disewa (jika berkaitan).
- Laporan dan gambar kerosakan berkaitan premis (jika berkaitan).
- Sebutharga pembaikan (jika berkaitan).
- Lain-lain Maklumat Tambahan (dokumen sokongan seperti jadual operasi dan Rekod kemasukan pemandiri ke rumah perlindungan).
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Nurhidayah, melalui emel [email protected] atau melalui talian 03-55454879.
Layari laman web https://www.wbselangor.com.my/ untuk info lanjut.