Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bantuan bayaran pendahuluan pembelian motosikal untuk pekerja GIG atau P-hailing menerusi Program BikeCare-1000.
BikeCare-1000 merupakan satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pekerja GIG atau P-hailing menerusi bayaran pendahuluan pembelian motosikal.
Bantuan ini diwujudkan bagi meringankan beban pekerja GIG yang telah dan ingin menceburi sektor GIG ekonomi.
Permohonan boleh dibuat menerusi borang yang disediakan sebelum 27 Januari 2023.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Permohonan adalah terbuka kepada warga Selangor sahaja.
- Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas sahaja layak untuk memohon.
- Pemohon mestilah mempunyai lesen motosikal yang sah.
- Pemohon mestilah tidak disenarai hitam oleh CTOS/CCRIS.
- Perrnohonan terbuka kepada pekerja yang telah dan ingin menceburi p-hailing (tertakluk kepada terma dan syarat).
- Permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan.
Panduan Mengisi Borang
Pemohon perlu mengikuti panduan mengisi borang di bawah:
- Muat turun borang permohonan di bawah.
- Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan kemas menggunakan pen dakwat hitam/biru.
- Setiap maklumat yang diisi adalah di bawah tanggungjawab pemohon dan pihak urus setia tidak akan memproses permohonan yang memberi maklumat palsu.
- Permohonan lewat tidak akan diproses.
- Kegagalan pemohon untuk mengisi butir-butir yang dikehendaki serta gagal menyertakan lampiran dokumen boleh menyebabkan permohonan ditolak.
- Sila kembalikan borang permohonan beserta lampiran dokumen yang diperlukan sebelum 07/12/2022.
- Borang permohonan lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat UPPS di alamat berikut:
East Entrance, IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam.
Lampiran Dokumen
Lampiran dokumen yang perlu dihantar bersama adalah seperti berikut:
- Sainan kad pengenalan pemohon (yang jelas).
- Salinan kad pengenalan penjamin (keluarga terdekat).
- Salinan penyata bank terkini (2 bulan).
- Salinan lesen motosikal.
- Salinan slip gaji terkini (2 bulan)/Surat Lantikan Syarikat (Untuk pekerja p-hailing yang sedang berkhidmat sahaja).
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program BikeCare-1000, sila hubungi Puan Fatin Syafira di talian 016-959 8320 atau layari Facebook UPPS di pautan https://www.facebook.com/uppsel untuk maklumat lanjut.