Rakyat Terengganu yang tidak memiliki rumah dan ingin memiliki rumah sendiri, mereka boleh membuat permohonan untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (RMR RAHMAN).
Untuk makluman, RMR RAHMAN adalah konsep rumah yang patuh syariah yang berkeluasan 1000 kps.
Inisiatif pembinaan projek ini dilaksanakan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Reka bentuk rumah ini menggunakan reka bentuk pelan sedia ada program RMR SPNB dan subsidi yang ditawarkan bagi penerima rumah ini adalah sebanyak RM20,000.00 oleh Kementerian Kewangan.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 5 Januari 2023 sehingga 15 Februari 2023.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon rumah ini adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:
- Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak).
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri.
- Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
- Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
- Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM/RPMM/RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
- Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps.
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Log Masuk.’
- Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Isi nama pengguna dan kata laluan diikuti dengan klik ‘Log Masuk.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan lengkapkan permohonan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai permohonan RMR RAHMAN, sila layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my/.