Orang ramai yang ingin membuat semakan penyata atau menyemak baki terkini boleh membuat demikian dengan hanya login di dalam sistem KWSP menerusi i-Akaun.
Sebagai pencarum KWSP, anda tentu sedia maklum tentang sistem i-Akaun yang diguna pakai secara meluas sama ada untuk pekerja mahu pun majikan.
i-Akaun membolehkan pencarum menyemak penyata dan baki KWSP terkini di dalam akaun 1 dan 2.
Selain itu, melalui sistem semakan penyata KWSP tersebut juga, pencarum boleh memohon pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.
Pengeluaran KWSP
Selain menyemak penyata KWSP sistem i-Akaun juga memudahkan pencarum memohon pengeluaran KWSP seperti untuk tujuan pendidikan atau mengerjakan haji.
Terdapat 17 jenis pengeluaran KWSP yang perlu anda tahu. Antaranya:
Pengeluaran sebahagian:
- Pengeluaran dari Akaun 2 ketika umur 50 tahun.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk pembiayaan pendidikan sendiri atau anak-anak.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membina rumah.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran pinjaman perumahan.
- Menggunakan simpanan KWSP sedia ada dan masa depan untuk meningkatkan had kelayakan pinjaman.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk membeli rumah PR1MA.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk mengerjakan ibadah Haji.
- Pengeluaran dari Akaun 2 untuk menampung perbelanjaan perubatan dan/atau peralatan perubatan.
- Pengeluaran simpanan yang berlebihan RM1 juta.
Pendaftaran i-Akaun
Antara perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun termasuklah:
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Untuk mendaftar i-Akaun, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Klik butang ‘Register Now.’
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik ‘Submit.’
- Jika login kali pertama, masukkan no kwsp bagi user ID dan klik butang ‘Next.’
- Masukkan kata laluan.
- Login berjaya.
Terlupa Kata Laluan
Untuk anda yang terlupa kata laluan, sila ikuti langkah mudah di bawah:
- Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
- Klik ‘Forgot User ID/Password?’
- Masukkan maklumat yang diperlukan.
- Klik ‘Next’ dan ikuti langkah-langkah seterusnya.
Semakan Penyata KWSP Online
Untuk menyemak penyata dan baki KWSP anda, anda boleh melakukannya dengan login i-Akaun.
Selepas berjaya login, sila cipta kata laluan dan pilih imej online.
Kemudian jangan lupa untuk pilih Frasa Rahsia.
Untuk semak penyata KWSP, sila login semula ke sistem i-Akaun dan terus klik pada “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya”
Penyata semasa KWSP anda akan dipaparkan seperti berikut:
Anda boleh pilih untuk cetak penyata tersebut sebagai rujukan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000