Advertisements

Permohonan Geran Perpaduan “KITA SELANGOR”

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Perpaduan Negeri Selangor telah memperuntukkan dana untuk Geran Perpaduan “KITA SELANGOR.”

Tujuan geran ini diperkenalkan adalah peruntukan khusus kepada agensi-agensi, persatuan-persatuan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) untuk menjalankan program-program dan juga aktiviti kempen berkaitan perpaduan.

Geran ini diuruskan di bawah Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) yang ditubuhkan untuk
memperkasa agenda perpaduan di peringkat negeri Selangor selari dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030, melalui penganjuran pelbagai inisiatif dan program, antaranya adalah melalui Geran Perpaduan “KITA SELANGOR.”

Agensi, persatuan, dan NGO yang mempunyai cadangan program atau inisiatif untuk diusulkan bagi memperkukuhkan lagi nilai perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri Selangor adalah dialu-alukan memohon.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Januari 2023.

Tema Geran

Permohonan geran ini adalah bertemakan perpaduan seperti berikut:

  1. Perpaduan dalam Pendidikan.
  2. Perpaduan dalam Sukan.
  3. Perpaduan dalam Aktiviti Sukarelawan.
  4. Perpaduan dalam Seni Kebudayaan, Patriotisme dan Kenegaraan.
  5. Pembendungan Diskriminasi.
  6. dan lain-lain bidang yang bersesuaian.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

  1. Permohonan dibuka kepada institusi-institusi berdaftar termasuklah Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Masyarakat Sivil (CSO), Institusi Pendidikan, Kajian serta Sektor Swasta.
  2. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan yang telah disediakan oleh pihak Jawatankuasa yang boleh didapati di pautan yang disediakan. Borang Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  3. Jumlah geran yang boleh dimohon ialah di antara RM10,000 sehingga RM20,000 sahaja untuk setiap permohonan, bergantung kepada kelulusan oleh Jawatankuasa Penilai Geran.
  4. Cadangan program haruslah bertepatan dengan salah satu tema Perpaduan yang telah disenaraikan di bahagian tema.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut https://drive.google.com/drive/folders/1P7SSV_H4BSa-0ZwSj8KXvya2A23Iyhq8?fbclid=IwAR2m59lLUNPM1ozdwArSC_piCsk-TSQGIOAIqNOiaAHqI3O5zQtJV8QvRk0
  2. Muat turun borang permohonan.
  3. Lengkapkan borang permohonan tersebut.
  4. Hantar borang permohonan melalui email ke alamat [email protected] bagi tujuan penilaian.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang soalan atau pertanyaan berkaitan Geran Perpaduan “KITA SELANGOR” boleh diajukan kepada pihak jawatankuasa melalui email iaitu [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.